saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 13/10/2014

Ronaldo tenggelam dalam bayang Benzema

PENYERANG Perancis, Karim Benzema (kiri) cuba membawa bola memasuki kawasan bahaya Portugal dalam perlawanan persahabatan di Stade de France, Paris semalam. Perancis menang 2-1. - AFP

PERANCIS - Penyerang Perancis, Karim Benzema menjaringkan gol awal selain turut merancang gol yang dijaringkan oleh rakan sepasukan Paul Pogba ketika menewaskan Portugal 2-1 dalam perlawanan persahabatan di Stade de France semalam.

Malah Benzema turut dilihat lebih menyerlah berbanding rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada perlawanan tersebut yang menyaksikan Perancis memperoleh gol pendahuluan seawal minit ketiga.

"Kami memenangi perlawanan ini de­ngan penuh bergaya selepas terlebih dahulu menguasai perlawanan. Ini juga adalah persembahan kami yang cukup hebat," kata Benzema selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan itu Benzema dilihat kerap memberikan tekanan ke atas penjaga gol Portugal, Rui Patricio terutama selepas dia menghasilkan gol pertama pasukannya.

Selain memberikan tekanan ke atas pasukan lawan, Benzema juga tidak menghadapi masalah untuk membantu Pogba mendapatkan gol kedua pada minit ke-69.

Gol tunggal Portugal hanya hadir pada minit ke-77 hasil sepakan penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh Ricardo Quaresma.

Bintang Portugal, Ronaldo pula hanya mampu melakukan satu percubaan tepat menerusi tandukan pada minit ke-51 namun ditepis oleh penjaga gol muda Perancis, Steve Mandanda.

"Dapat menafikan tandukan yang dilakukan oleh Ronaldo adalah satu tugas yang amat hebat buat saya. Saya akan ingat sampai bila-bila," kata Mandanda.

Perancis telah pun melayakkan diri ke Euro 2016 sebagai tuan rumah dan perlu menentang semua pasukan dalam Kumpulan I dalam perlawanan persahabatan.

Portugal pula tewas 1-0 dalam aksi kelayakan pertama Euro 2016 di laman sendiri kepada Albania pada September lalu. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.