saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 13/10/2014

Marquez pertahan kejuaraan MotoGP

MARC Marquez dijulang oleh kru Honda ketika meraikan kejayaan pelumba dari Sepanyol itu memenangi Kejohanan Dunia MotoGP 2014 setelah menduduki tempat kedua dalam GP Jepun di Motegi, Jepun semalam. - AFP

MOTEGI, Jepun - Pelumba sensasi Sepanyol, Marc Marquez mempertahankan kejuaraan MotoGP dunia selepas menamatkan Grand Prix Jepun di tangga kedua di belakang rakan senegara Jorge Lorenzo semalam.

"Dua tahun dalam MotoGP, dua kejuaraan. Ini sangat menakjubkan.

"Saya tidak pernah memba­yangkan perkara ini. Mungkin ramai yang melihat mudah untuk dilakukan kerana saya selalu tersenyum dan nampak gembira, tetapi hakikatnya saya juga berasakan tekanan," kata penunggang Honda berusia 21 tahun itu.

Marquez, yang muncul juara MotoGP dunia paling muda tahun lalu, meraikan kejayaannya dengan penuh bergaya apabila dia me­nerima pedang daripada pahlawan samurai Jepun.

Malah, dia turut menerima topi keledar emas daripada gadis litar yang berpakaian tradisional kimono sebagai penghormatan dinobat selaku juara dunia.

Lorenzo pula menjuarai perlumbaan di Motegi dengan me­nunggang motosikal Yamaha yang sama digunakan tahun lalu. Dia menamatkan saingan dengan catatan masa 42 minit, 21.259 saat, iaitu kemenangan keduanya berturut-turut selepas turut muncul juara di Aragon dua minggu lalu.

Marquez mengekori di tangga kedua, manakala pelumba veteran Itali, Valentino Rossi dari Yamaha menduduki tempat ketiga selepas membenarkan Marquez memotongnya ketika perlumbaan berbaki sembilan pusingan.

Walaupun kejuaraan motosikal dunia masih berbaki tiga perlumbaan untuk ditamatkan, namun dengan mengumpul 82 mata, Marquez tidak mampu dipintas oleh mana-mana pelumba, termasuk dua pencabar terdekat, Rossi dan rakan sepasukannya, Dani Pedrosa.

"Saya berpeluang untuk menangguhkan kemenangan Marc hingga perlumbaan akan datang.

"Saya sudah memberikan cabaran maksimum, malang­nya tidak cukup bagus untuk menghalangnya," ujar juara dunia tujuh kali Rossi.

Kemenangan Marquez turut dibantu oleh kejayaannya menjua­rai 10 perlumbaan berturut-turut pada awal musim, sebelum dominasi tersebut berakhir di Republik Czech Ogos lalu.

"Kepantasan Marc sangat hebat. Dia amat agresif dan pesaing yang bagus. Kami bersaing sengit hari ini, malah persaingan ini berlaku dalam setiap perlumbaan," kata juara dunia dua kali, Lorenzo. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.