saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2014

PKBM terseksa tunggu keputusan

KUALA LUMPUR - "Jangan biar kami terus dalam dilema". Itu tegas Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab yang sudah tidak sanggup menunggu lama keputusan sama ada pertubuhannya yang diterajuinya itu digantung atau sebaliknya.

Kata Abu Samah, sehingga semalam belum ada apa-apa keputusan diumumkan oleh pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali gus menyebabkan PKBM bertambah resah untuk mengetahui untung nasib mereka.

Tambah Abu Samah, keputusan yang belum diketahui itu turut menyebabkan pihaknya sukar untuk merancang program acara pada tahun depan.

"Program pembangunan telah dihentikan sejak bulan September lalu dan kini kami perlu menanti keputusan berhubung status terbaharu PKBM sebelum boleh memikirkan langkah seterusnya terutama berkaitan program pada tahun depan sekiranya kami didapati tidak bersalah.

"Kami juga sedia menerima segala keputusan, cuma kami mohon agar dapat diumumkan segera kerana menunggu lama menyebabkan kami hilang hala tuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pada 21 Ogos lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah mengarahkan PPSM agar menggantung pendaftaran PKBM atas dakwaan persatuan itu gagal dalam pengurusan kewangan selepas wujud keraguan dalam audit yang dilakukan ke atas badan berbasikal negara itu.

Namun hukuman tersebut hanya akan dilakukan andai badan induk berbasikal tersebut gagal memberikan alasan munasabah terhadap soalan daripada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan PPSM kepada PKBM hujung Ogos lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Sukan, Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya kini telah mencapai fasa penilaian akhir dalam membuat keputusan dan bakal mengumumkannya selewat-lewatnya minggu depan.

"Kami sedang membuat rumusan akhir dan penilaian perlu dilakukan dengan teliti sebelum keputusan diumumkan.

"Mereka (PKBM) akan mengetahui keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini," kata Ahmad Shapawi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.