saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2014

Tengku Abdullah sah bertanding

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melancarkan motto 1 Asia 1 Suara sebagai manifestonya dalam perebutan jawatan exco FIFA bagi penggal 2015-2018 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2015-2018 yang dijangka diadakan pada pertengahan April 2015.

Dijangka menentang lima calon lain termasuk dua penyandang bagi merebut tiga slot yang ditawarkan untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Tengku Abdullah, optimis yang dia mampu memenangi jawatan berkenaan berdasarkan pengalaman beliau selama ini di AFC dan FAM.

Tidak gentar mengambil risiko, Tengku Abdullah melihat percubaannya bertanding dalam pemilihan Exco FIFA sebagai satu perjudian besar kerana jika tewas kemungkinan beliau terpaksa melepaskan segala jawatan yang ada di AFC termasuk naib presiden.

"Berdasarkan motto '1 Asia, 1 Suara', saya di sini menyatakan keinginan untuk bertanding jawatan Exco FIFA dan hasrat saya ini telah mendapat sokongan padu daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang merupakan Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bola sepak bagaikan setengah nyawa saya...pada tahun-tahun terakhir saya dengan bola ini, harap boleh memenangi jawatan Exco (FIFA) ini, kalau saya kalah kemungkinan saya tidak akan memegang sebarang jawatan di peringkat antarabangsa.

"Sesungguhnya memang satu risiko besar buat saya bertanding dalam jawatan Exco FIFA namun ini adalah asam garam bola sepak dan saya sanggup mengambil cabaran, kalau mereka fikir saya boleh beri sumbangan...pilihlah saya dan jika tidak, tidak perlu mengundi saya," katanya dalam sidang akhbar khas di ibu negara semalam.

Buat masa ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Worawi Makudi merupakan salah seorang penyandang Exco manakala Presiden Persatuan Bola Sepak Jordan, Putera Ali Al Hussein adalah Naib Presiden FIFA selain turut bertindak sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA bersama Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al-Khalifa.

Sebelum ini, Vernon Manilal Fernando dari Sri Lanka pernah memenangi jawatan Exco FIFA pada pemilihan 2011, tetapi digantung selama lapan tahun oleh badan bola sepak dunia itu apabila terlibat dalam beberapa skandal yang turut melibatkan bekas Presiden AFC, Mohammad Hammam dan tempatnya digantikan oleh wakil China, Zhang Jilong yang mengambil pendirian tidak bertanding pada pemilihan kali ini.

Tengku Abdullah adalah juga dijangka dicabar oleh Kohzo Tashima (Naib Presiden dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Jepun) dan calon lain dikatakan dari China, Korea Selatan serta Qatar.

Jika Tengku Abdullah berjaya memenangi perebutan jawatan Exco FIFA bagi penggal 2015-18, beliau akan mengikuti jejak langkah Allahyarham Datuk Seri Hamzah Abu Samah yang pernah memegang jawatan Naib Presiden FIFA dari 1982 hingga 1990.

Tengku Abdullah berkata, perubahan yang beliau mahu bawakan jika terpilih adalah kuota pasukan Asia dalam Piala Dunia ditambah pada masa akan datang dan suara bola sepak Asia lebih didengari di peringkat FIFA dengan memberikan lebih banyak tempat kepada wakil AFC dalam kalangan exco.

Selain itu, beliau mahu bola sepak tempatan mendapat manfaat secara tidak langsung dengan menjadikan Malaysia sebagai hub bola sepak bagi rantau Asia dengan membawa kepakaran terbaik dunia bagi membantu dalam aspek kejurulatihan dan pengadil.

"Ada dua perkara yang saya mahu perjuangkan jika mendapat tempat selaku Exco FIFA iaitu slot bagi Asia di Piala Dunia yang setakat ini hanya 4.5 sahaja (1 pasukan perlu melalui play-off) perlu ditambah memandangkan rantau ini adalah yang terbesar di dunia selain mempunyai badan gabungan yang ramai dengan penambahan beberapa anggota baharu seperti Australia, Guam dan Mariana Utara," katanya.

"Kerusi bagi Exco FIFA dari Asia juga perlu ditambah kerana buat masa ini hanya ada empat sahaja diperuntukkan kepada benua ini dan jumlah ini tidak padan dengan jumlah wakil keanggotaan negara dalam AFC.

"Saya juga menanam impian jika saya terpilih saya akan menjadikan Malaysia sebagai hub bola sepak di rantau Asia dengan mendapat kepakaran jurulatih dan pengadil selain secara tidak langsung membantu menaikkan lagi mutu bola sepak di negara ini.

"Kongres FIFA pada tahun 2017 adalah langkah sulung dan saya mengakui pegawai-pegawai FIFA sudah nampak Malaysia mempunyai potensi besar dalam pembangunan bola sepak dan kesempatan ini perlu diambil," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.