saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/10/2014

Kualiti padang Stadium Nasional buat Dollah bimbang

DOLLAH Salleh (kanan) bersama Ketua Eksekutif One Goal Malaysia, Stuart Ramalingam bersama (kanan), bekas ratu cantik Deborah Henry (dua dari kanan) dan pengulas sukan Astro, Roshan Narayan bersama-sama melancarkan program One Goal iaitu kempen menamatkan pemakanan tidak seimbang dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia, di Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA - Kualiti padang Stadium Nasional yang akan menjadi gelanggang Kejohanan AFF 2014 meresahkan jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh yang bimbang Singapura akan menggunakannya sebagai alasan untuk mengubah tempat perlawanan.

Jika stadium itu diisytiharkan tidak sesuai untuk kejohanan itu, Singapura sudah pasti akan memindahkan tempat perlawanan ke Stadium Jalan Besar.

Dan, ini boleh memberi kelebihan kepada tuan rumah kejohanan itu kerana stadium kecil itu menggunakan rumput sintetik yang mereka sudah biasa bermain di atasnya.

Walaupun belum ada sebarang kenyataan daripada Singapura, namun kebimbangan Dollah itu berasas jika dilihat kepada kualiti padang Stadium Nasional yang menjadi gelanggang perlawanan persahabatan antara Brazil dan Jepun pada 14 Oktober.

Oleh itu, Dollah menggesa Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyelesaikan masalah itu secepat mungkin memandangkan Kejohanan AFF akan berlangsung dalam masa sebulan sahaja lagi.

"Berdasarkan laporan media Singapura, membuatkan saya khuatir apabila mengetahui mengenai kualiti padang Stadium Nasional begitu menghampakan.

"Saya bimbang kalau Singapura (menggunakan alasan ini) untuk menukar gelanggang perlawanan ke Stadium Jalan Besar pada saat-saat akhir dan ini pasti mendatangkan banyak masalah buat kita.

"Berdasarkan pengalaman saya, bermain di Stadium Jalan Besar memberi kelebihan besar kepada Singapura yang cukup selesa beraksi di atas padang tiruan.

"Saya amat berharap FAS dapat membuat sesuatu supaya tiada perubahan venue perlawanan dan kami mahu bermain di Stadium Nasional," katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar kempen One Goal Malaysia di Petaling Jaya semalam.

Ujar Dollah, dia pasti berdepan kesukaran merencanakan strategi terbaik sekiranya Jalan Besar menjadi medan perhitungan semua pasukan di dalam Kumpulan B kerana pergerakan bola yang terlalu laju dan sukar dikawal.

"Tidak banyak yang boleh diharapkan jika bermain di Jalan Besar dan pergerakan bola pasti akan menghampakan pemain kerana selama ini kita sudah biasa beraksi di atas rumput semulajadi.

"Bukan mudah jika mahu mengamalkan permainan hantaran pendek di atas padang tiruan dan banyak perkara perlu dilihat terutama pada corak latihan supaya pemain boleh menyesuaikan diri," katanya.

Mutu padang di Stadium Nasional Singapura menjadi bahan perbualan hangat apabila pengendali Brazil, Dunga, kecewa dengan kualiti padang yang kelihatan lebih banyak pasir berbanding rumput sehingga menjejaskan aksi para pemain.

Malah, dia menegur mutu rumput yang digunakan iaitu terlalu banyak menggunakan rumput sintetik berbanding rumput semulajadi dan itu bukan sesuatu yang baik kepada bola sepak kerana menyukarkan pergerakan bola di atas padang selain berisiko mudah rosak ketika permainan berlangsung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.