saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/10/2014

Hari penentuan PKBM digantung atau dilepas?

AHMAD Shapawi Ismail diiringi Setiausaha Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah bersalaman dengan pemain-pemain Kelab Bright Sport pada Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang semalam. - Utusan/Izham Jaafar

KLANG - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pastinya kini semakin berdebar kerana untung nasib mereka sama ada digantung atau sebaliknya dijangka diumumkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM) hari ini.

Sekiranya didapati tidak bersalah maka PKBM akan terlepas daripada semua dakwaan atas kelemahan pengurusan kewangan sebaliknya jika bersalah badan induk berbasikal negara itu pasti berdepan hukuman digantung pendaftaran dan perlu membuat rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pada Isnin lalu, Khairy memberitahu keputusan berhubung isu itu mungkin diumumkan pada hari ini selepas selesai meneliti beberapa perkara berbangkit.

Pesuruhjaya Sukan, Ahmad Shapawi Ismail yang ditemui Utusan Malaysia semalam memberitahu PKBM harus menerima segala keputusan yang bakal diumumkan nanti.

"PPSM belum lagi membuat keputusan dan saya percaya banyak pihak menantikan keputusan tersebut termasuk PKBM.

"Saya yakin keputusan yang akan diumumkan nanti adalah untuk kebaikan badan induk berkenaan dan PKBM harus melihatnya sebagai satu kebaikan untuk menambah baik sukan tersebut," kata Ahmad Shapawi selepas menyaksikan perlawanan Chilaw Marians, Sri Lanka menentang Bright Sports dari Bangladesh dalam kejohanan kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval di sini semalam.

Kemelut PKBM bermula berikutan kegagalan skuad lebuh raya negara memenangi pingat emas ketika temasya Sukan SEA Myanmar 2013 biarpun menerima peruntukan bernilai jutaan ringgit yang disalurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setiap tahun.

Rentetan kegagalan itu menyebabkan Khairy mengarahkan jabatan audit dalaman KBS menjalankan siasatan ke atas PKBM untuk mengetahui jumlah sebenar peruntukan tahunan yang disalurkan kepada badan induk itu dan perbelanjaan yang digunakan mereka untuk program skuad lebuh raya negara.

Proses pengauditan pada 29 Januari lalu hanya membabitkan dana tahunan bernilai RM1.5 juta, bagaimanapun Khairy mahu diperluaskan hingga jumlah keseluruhan yang diterima PKBM pada 2013 iaitu RM2.45 juta.

Audit juga akan dibuat terhadap dana yang diberikan oleh KBS kepada PKBM pada 2011 iaitu RM1.8 juta dan RM2.9 juta pada 2012.

Hasil audit tersebut menyebabkan PKBM diarahkan digantung pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan atas dakwaan menyalahi Seksyen 14 Akta Pembangunan Sukan apabila wujud kelemahan dalam tatacara pengurusan kewangannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.