saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/10/2014

Lambat dapat duit jadi alasan

KUALA LUMPUR - Peruntukan kewangan yang lambat diterima oleh beberapa persatuan sukan sehingga menyebabkan persediaan mereka untuk ke Sukan Asia 2014 terbatas adalah antara pendedahan diperoleh daripada mesyuarat post-mortem kontinjen negara ke temasya tersebut semalam.

Ketua kontinjen negara ke Sukan Asia 2014 yang berakhir 4 Oktober lalu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata, isu berkenaan telah menyebabkan sukan terlibat sukar untuk mendapatkan pendedahan di luar negara kepada atlet-atletnya, malah ada yang memberitahu peruntukan disalurkan tidak mencukupi.

"Tenpin boling adalah antara persatuan sukan yang memberitahu isu kelewatan peruntukan kewangan diterima menyebabkan mereka sukar untuk membuat persiapan yang berkualiti di luar negara.

"Selain itu ada juga yang meminta agar lokasi untuk kem latihan pusat Sukan Asia di IOI Palm Resort Putrajaya dikaji semula kerana lebih baik memilih tempat yang mempunyai kemudahan untuk aktiviti bersukan seperti di Majlis Sukan Negara.

"Semua penjelasan diberikan oleh sukan terlibat pada Sukan Asia kali ini akan dimasukkan dalam laporan yang akan diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat.

Pada Sukan Asia yang berlangsung di Incheon, Korea Selatan, kontinjen negara gagal menepati sasaran lapan pingat emas apabila sekadar mampu membawa pulang lima emas, 14 perak dan 14 gangsa.

Sepanjang penyertaan di Sukan Asia, kontinjen Malaysia meraih empat pingat emas di Hiroshima, Jepun (1994), lima emas di Bangkok, Thailand (1998), enam emas di Busan, Korea Selatan (2002), lapan emas di Doha, Qatar (2006) dan sembilan emas di Guangzhou, China (2010) yang merupakan pencapaian terbaik negara setakat ini.

Sementara itu Danyal turut berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh semua persatuan sukan yang terlibat dalam mesyuarat post-mortem tersebut.

"Saya juga telah mendengar penjelasan daripada sepak takraw dan telah menerimanya biarpun realitinya saya tetap tidak gembira dengan aksi dipamerkan pada Sukan Asia.

"Secara keseluruhannya biarpun kontinjen Malaysia tidak mencapai sasaran ditetapkan namun saya tetap anggap ia sebagai sesuatu yang positif," kata Danyal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.