saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/10/2014

Jurulatih BAM tutup mulut

KONTRAK Rashid Sidek (kanan) dan Tey Seu Bock sebagai jurulatih dengan BAM akan tamat hujung tahun ini namun sehingga kini masih belum mendapat kepastian sama ada khidmat mereka akan disambung atau tidak.

KUALA LUMPUR - Barisan jurulatih badminton tempatan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kebangsaan mengambil langkah tutup mulut mengenai isu jurang gaji besar antara mereka dengan seorang jurulatih dari China yang dikatakan akan diambil.

Ini kerana mereka sendiri masih tidak mengetahui mengenai nasib mereka, yang masih belum mendapat sebarang makluman atau tawaran menyambung kontrak daripada BAM.

Jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkara itu memandangkan pengurusan tertinggi di dalam BAM sudah berubah dan tidak dapat dipastikan polisi mereka pada waktu ini.

Katanya, pada waktu ini dia lebih selesa untuk berdiam diri kerana bimbang perkara tersebut berlarutan dan seterusnya menjejaskan moral para pemain.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu komen kerana saya sendiri tidak pasti sama ada dikekalkan atau tidak. Saya sedang menunggu sekiranya ditawarkan sebarang kontrak baharu, sekiranya diberikan, saya akan buat pertimbangan sebaik mungkin.

"Sebelum ini Tengku Mahaleel (Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff) dan Datuk Norza (Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamad Norza Zakaria) memberitahu saya akan dikekalkan hingga hujung tahun ini. Selepas ini kita tunggu sahaja apa keputusan BAM," katanya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan kesanggupan BAM menawarkan gaji lumayan melebihi AS$20,000 (RM65,500) sebulan kepada jurulatih dari China, He Guoquan yang belum membuktikan kemampuannya selaku jurulatih hebat.

Isu itu menimbulkan rasa tidak gembira dalam kalangan jurulatih tempatan, apatah lagi kebanyakan pencapaian yang diraih Malaysia sejak beberapa tahun ini adalah menerusi pemain yang dibimbing mereka.

Hampir semua jurulatih utama negara akan tamat kontrak pada hujung tahun ini, diketuai Rashid Sidek, Tey Seu Bock, Rosman Razak, Pang Cheh Chang, Jeremy Gan dan Wong Tat Meng, manakala kontrak Wong Pei Tty telah tamat Ogos lalu dan masih belum diperbaharui.

Sementara itu, jurulatih beregu wanita Rosman Razak memberitahu, dia tidak dapat membuat sebarang ulasan mengenai isu tersebut kerana sehingga kini pihak persatuan masih belum memanggil mereka untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

"Saya tidak pasti perancangan sebenar BAM kerana kami masih belum dipanggil untuk berbincang mengenai perkara ini.

"Saya hanya akan memberikan ulasan selepas pihak persatuan memanggil kami untuk berbincang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.