saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/10/2014

100 tiket muktamad - Mohd. Fahmy

SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Fahmy Yahya (kanan) dan penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim (tengah) meninggalkan bilik mesyuarat selepas mendengar keputusan JKPT berhubung perlawanan Piala FA JDT dengan T-Team, di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. - Bernama

JOHOR BAHRU - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) tidak berganjak dengan keputusannya memperuntukkan 100 tiket kepada penyokong Terengganu bagi menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam ini.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya semalam mengesahkan, keputusan tersebut adalah muktamad dan 100 tiket merupakan jumlah yang biasa diberikan oleh persatuan itu kepada penyokong lawan dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.

"Jumlah 100 tiket itu adalah muktamad, harap maklum," katanya kepada Utusan Malaysia.

PBNJ dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST), Arpin Draman pada 13 Oktober lalu memaklumkan 100 tiket diperuntukkan kepada penyokong negeri itu seperti diperkenankan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut surat berkenaan, jumlah tiket itu adalah mengikut kuota yang diamalkan oleh PBNJ bagi perlawanan sebelum ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggesa lebih banyak tiket diperuntukkan kepada penyokong Terengganu untuk menyaksikan perlawanan itu.

Gesaan tersebut dibuat Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berpendapat jumlah tersebut adalah sedikit, namun pada masa sama beliau memahami hak PBNJ selaku tuan rumah pada perlawanan tersebut.

Hari-hari terakhir menjelang perlawanan suku akhir kedua antara JDT dengan Terengganu sekali lagi hangat apabila PBSNT mendakwa penyokongnya diperuntukkan 30 keping tiket bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

PBNJ kemudian menafikan kenyataan itu dan berkata, mereka menyediakan 100 keping tiket untuk penyokong pasukan pelawat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.