saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 17/10/2014

SPNB bina 258 unit RIR di Jasin

IDRIS Haron (tengah) bersama Abd. Latiff Ahmad (tiga dari kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Ahmad Kabit dan Wan Faudzillah Wan Abdullah selepas Majlis Menandatangani Jual-Beli Tanah Milik Yayasan Melaka dengan SPNB Idaman Sdn. Bhd,, di Seri Negeri, Ayer Keroh, kelmarin.

MELAKA 16 Okt. - Sebanyak 258 unit Rumah Idaman Rakyat (RIR) bakal dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikatnya SPNB Idaman Sdn. Bhd., (SPNB Idaman) di Mukim Kesang, Jasin awal tahun hadapan.

Pengerusi SPNB, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, pembangunan di tapak seluas 10 hektar itu merangkumi 100 unit rumah jenis town house, 153 unit rumah berkembar, kluster dan teres dua tingkat.

Menurutnya, turut dibina ialah lima unit kedai komersial selain surau dan taman permainan.

"Projek dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM70 juta ini dijangka siap dalam tempoh 24 bulan dan bakal menyediakan perumahan untuk rakyat selaras Dasar Perumahan Negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis menandatangani jual beli tanah milik Yayasan Melaka dengan SPNB Idaman di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.

Yayasan Melaka diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Zaleha Bujang dan Wan Faudzillah Wan Abdullah sementara SPNB Idaman diwakili Ahli Lembaga Pengarah, Datuk Seri Ahmad Kabit dan Datuk Aminuddin Md. Hanafiah.

Majlis menandatangani perjanjian jual beli tanah itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Jelas Abd. Latiff, rumah jenis 'town house' dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air berkeluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi itu akan dijual dengan harga tidak melebihi RM150,000 seunit.

"Manakala bagi rumah berkembar, kluster dan teres dua tingkat dengan tiga atau empat bilik tidur serta dua bilik air berkeluasan antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi pula dijual pada harga sehingga RM350,000 seunit," ujarnya.

Sementara itu, Idris memberitahu, kerajaan negeri sedang mengenal pasti tanah lain yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan mampu milik di seluruh negeri itu dengan kerjasama SPNB.

Jelasnya, kerajaan negeri menyasarkan pembangunan sebanyak 25,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

"Sehingga kini, sebanyak 12,600 unit permohonan bagi pembinaan rumah tersebut telah diluluskan di negeri ini," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.