saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 16/10/2014

Larangan bot pisang ditarik balik

SEREMBAN 15 Okt. - Larangan terhadap aktiviti kraf air seperti bot pisang sejak hampir sebulan lalu di Pantai Peranginan Negara Port Dickson akan ditarik balik mulai hujung minggu ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata, semua pihak terutamanya pengusaha kraf air perlu mematuhi kaedah pelaksanaan aktiviti itu seperti yang digariskan oleh Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Keselamatan Pantai Peranginan Negara Port Dickson.

Beliau berkata, kegagalan mematuhi kaedah pelaksanaan itu boleh menyebabkan tindakan tegas dikenakan kepada pihak yang melanggar peraturan itu termasuk melarang mereka daripada terlibat dalam aktiviti kraf air di pantai peranginan berkenaan.

"Kita harap semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama penuh dalam usaha memastikan insiden yang melibatkan nyawa orang ramai tidak berulang.

"Dalam hal ini, pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pelanggaran kaedah pelaksanaan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Larangan aktiviti kraf air di Port Dickson dikeluarkan oleh Jabatan Laut berikutan insiden bot pisang pada 7 September lalu yang melibatkan kehilangan nyawa.

Berikutan kemalangan itu, Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Keselamatan Pantai Peranginan Negara Port Dickson telah ditubuhkan bagi menilai dan mencari jalan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) kegiatan kraf air di pantai tersebut.

Mohamad berkata, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan telah diberikan tanggungjawab memantau kegiatan kraf air dan aktiviti pengunjung di pantai peranginan tersebut seperti Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Jabatan Laut, Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Beliau menarik perhatian, bagi meningkatkan tahap keselamatan pengunjung yang mandi manda di pantai itu, MPPD akan menguatkuasakan zon kawasan mandi manda dan zon operasi kraf air.

"Penandaan kekal dalam bentuk boya akan dibuat bagi menggantikan penandaan sementara yang kini menggunakan kayu bakau.

"Penandaan seperti ini penting bagi membolehkan orang ramai berasa selamat ketika mandi manda dan pengendali kraf air tahu sempadan yang tidak boleh dimasuki oleh mereka," ujarnya.

Beliau memberitahu, pada masa yang sama, peraturan Kaedah-Kaedah Kraf Air Peribadi 2014 sedang digubal oleh kerajaan bagi memastikan aktiviti kraf air dapat dikawal selia sepenuhnya dan penggubalan itu kini sedang diteliti oleh Penasihat Undang-Undang negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.