saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 15/10/2014

RM300,000 naik taraf Pasar Awam Rompin

JEMPOL 14 Okt. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi menaik taraf Pasar Awam Rompin yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, L. Manickam berkata, kerja menaik taraf itu melibatkan bahagian dalam pasar, longkang dan pendawaian elektrik.

"Kita jangka kerja-kerja tersebut akan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan," katanya selepas melawat pasar awam tersebut semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol (MDJL), Wan Razali Wan Awang.

Pasar yang berusia hampir 20 tahun itu kini mempunyai 20 ruang niaga namun hanya sembilan peniaga sahaja beroperasi di situ.

Manickam memberitahu, para peniaga di pasar itu akan dipindahkan ke pusat perniagaan sementara yang berhampiran sepanjang kerja-kerja naik taraf itu dijalankan.

"Kita mahu pasar ini berwajah baharu sekali gus menjadi lokasi tumpuan pembeli. Jumlah peniaga agak kurang mungkin disebabkan keadaan pasar yang tidak terurus.

"Saya yakin apabila pasar ini sudah dibaik pulih, ia dapat menarik minat peniaga untuk berniaga di sini. Orang awam yang berminat untuk berniaga di pasar ini boleh membuat permohonan di MDJL," katanya.

Beliau berkata, selain memberi tumpuan kepada keadaan pasar, kerajaan juga telah membaiki kemudahan tandas awam di situ de­ngan kos RM20,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.