saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 15/10/2014

Guna media sosial secara berhemah

CHUAH Ghee Lye (dua dari kiri) menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai polis pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang, Melaka, semalam.

MELAKA 14 Okt. - Pegawai dan anggota polis di negeri ini diingatkan supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak sesekali mendedahkan sebarang maklumat berhubung siasatan kepada umum atau membocorkan apa juga maklumat rahsia yang boleh menjejaskan siasatan dan mengundang rasa tidak selamat dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, penyebaran maklumat terutamanya yang diklasifikasikan sebagai sulit bukan sahaja akan mengganggu proses siasatan dan pendakwaan malah akan membuka peluang kepada penjenayah merangka strategi tertentu untuk melarikan diri.

Menurutnya, maklumat berkenaan bukan merupakan kenyataan rasmi untuk dikongsikan dengan orang ramai malah lebih kepada maklumat perkembangan siasatan untuk pengetahuan dan tindakan pegawai tertentu sahaja.

"Seiring dengan perkembangan teknologi hari ini, penggunaan media sosial tidak boleh dinafikan kepentingannya namun apabila ia tidak digunakan secara berhemah atau disalahgunakan akan mendatangkan kesan yang negatif serta boleh menggugat kesejahteraan umum.

"Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada anggota dan pegawai polis sekiranya membocorkan maklumat melibatkan kes dan siasatan," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini hari ini.

Beliau berkata, selain menyebarkan maklumat berhubung siasatan pihak polis, setiap anggota dan pegawai juga dilarang untuk menghebahkan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum melalui media sosial serta tidak sesekali terlibat dengan penyebaran foto atau video berunsur lucah.

Katanya, tindakan demikian bukan sahaja menjejaskan imej pasukan polis malah boleh mengundang kepada ketidakstabilan keselamatan dan keamanan dalam negara ini.

"Saya juga ingin menyeru kepada semua anggota dan pegawai supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana individu atau kumpulan yang mengajak untuk menyertai aktiviti pengganas melalui media sosial dan sekiranya perlu segera membuat laporan polis," katanya.

Pada perhimpunan itu, seramai 229 anggota dan pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 44 orang menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Melaka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.