SELATAN
ARKIB : 13/10/2014
Konsep homeroom tingkat kejayaan MRSM
JEMPOL 12 Okt. - Konsep homeroom yang diguna pakai di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting IGCSE (International General Certificate of Secondary Education), dekat sini dilihat berjaya mewujudkan suasana bersaudara dalam meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan pendidikan.
Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar di sekolah berkenaan, Dr. Mohd. Sabri Mamat berkata, setiap pelajar MRSM diletakkan dalam satu kumpulan dengan anggaran pelajar seramai 15 orang dan diketuai oleh seorang guru sebagai ibu atau bapa angkat.
"Apabila homeroom ini terlaksana, kita akan dapat melihat wujud semangat kekeluargaan dan pada masa sama, guru pula dapat mengesan pelbagai masalah pelajar dan menyelesaikannya dengan baik.
"Kita juga berupaya membentuk sikap, mengembangkan minat, memastikan kebajikan pelajar, selain mendidik mereka menjadi insan cemerlang," katanya di sini baru-baru ini.
Sehubungan itu kata Mohd. Sabri, pihak sekolah telah menganjurkan anugerah bagi mengiktiraf homeroom terbaik ini, selain menghargai peranan pelajar dan guru yang telah bertungkus-lumus meningkatkan meritnya.
"Kita telah melihat banyak potensi dalam konsep ini, termasuklah menguatkan jati diri pelajar, menanam rasa kasih terhadap institusi MRSM, kekal perpaduan, hubungn erat antara pelajar dengan guru, memahami nilai masyarakat serta meninggikan perasaan cintakan negara," ujarnya.
Sementara itu, turut diadakan ialah program Pray For Gaza sebagai pemahaman terhadap isu antarabangsa.
"Dua minggu pihak MRSM menganjurkan kempen kutipan dana untuk Gaza ini dan sebanyak RM4,000 berjaya dikutip," ujarnya.
Selain itu, Mohd. Sabri turut mengumumkan bahawa pelajar MRSM akan terus didedahkan dengan program khidmat masyarakat dalam dan luar negara.
"Tahun lalu kita telah berjaya melaksanakan program khidmat masyarakat di Indonesia dan Kemboja, pada tahun ini kita bercadang untuk ke Aceh, Indonesia bagi projek luar negara dan ke Kampung Bayai di Jempol bagi projek di dalam negara," katanya lagi.
Pendidikan mampu mengubah landskap negara
SPNB bina 258 unit RIR di Jasin
Beri pandangan, kritikan membina dalam memantapkan pemerkasaan belia
Pengedar dadah 'King' dicekup
Kerjasama tingkat pelancongan tempatan
Larangan bot pisang ditarik balik
Melaka rintis kempen keselamatan kanak-kanak
NRC 2014 pemangkin robotik tempatan
Guna media sosial secara berhemah
RM300,000 naik taraf Pasar Awam Rompin
Wanita perlu berani menjadi generasi kreatif
Bebas seminggu sebelum Deepavali
Pemeriksaan berkala jejantas
Beri lesen bukan 'lesen besar' lakukan kesalahan
18,916 calon duduki PT3 di NS
Suspek rempuh polis ada lapan rekod jenayah
Muzium Islam dibina di Pulau Besar
Penerima AKHP bantu pengguna hadapi kos sara hidup
Konsep homeroom tingkat kejayaan MRSM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












