saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 13/10/2014

Muzium Islam dibina di Pulau Besar

SEBAHAGIAN daripada pelajar tahfiz menyertai majlis Bacaan Maulid Dibaei di Pulau Besar, Melaka, semalam.

MELAKA 12 Okt. - Sebuah Muzium Islam bakal dibina di Pulau Besar di sini dalam usaha kerajaan negeri untuk mentransformasikan pulau tersebut menjadi pusat pelancongan Islam terkenal di rantau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kawasan bagi pembinaan muzium di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu telah pun dikenal pasti dan akan dimulakan pada masa terdekat.

Menurutnya, pembinaan Muzium Islam itu kelak akan membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di Pulau Besar yang kini hanya mempunyai sebuah muzium, namun sambutan diterima daripada pengunjung masih kurang memberangsangkan.

"Kerajaan negeri percaya pembinaan muzium baharu itu akan mengembalikan kegemilangan pulau ini yang suatu masa dahulu pernah menjadi pusat perkembangan Islam di seluruh Nusantara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Bacaan Maulud Dibaie anjuran Malaysian Resources Corporation Berhad di Pulau Besar di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri yang juga Pengerusi Pembangunan Pulau Besar, Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Jelas Ghazale, Pulau Besar sebelum ini sering juga dikaitkan dengan misteri serta ritual pemujaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Oleh demikian, pembinaan Muzium Islam ini kelak akan membersihkan imej tersebut, sekali gus meningkatkan lagi kedatangan para pelancong dari dalam dan luar negara," ujarnya.

Katanya lagi, perancangan tersebut dijangka akan lebih mudah dengan adanya bekalan elektrik yang bakal disempurnakan di pulau itu tidak lama lagi.

Tambah beliau, dengan adanya Muzium Islam itu kelak, akan dapat membantu golongan penyelidik dan pelajar terutamanya berkaitan sejarah serta warisan budaya Islam.

Selain itu ujarnya, muzium berkenaan turut akan berperanan menjadi tempat bagi menyimpan, membaik pulih, memuliharaan dan segala berkaitan kesenian Islam agar generasi akan datang dapat merasai faedahnya.

"Ini juga sejajar untuk menyebarkan ilmu dan maklumat berkaitan Islam secara meluas dan berterusan menerusi seni Islam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.