saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 12/10/2014

Operasi pembersihan elak kencing tikus

KAKITANGAN Majlis Daerah Jelebu dan Jabatan Perhutanan negeri membersihkan kawasan rekreasi air terjun Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin. - MINGGUAN/Abd. Razak Aid

JELEBU 11 Okt. - Pihak berkuasa giat menjalankan aktiviti pembersihan di kawasan rekreasi air terjun Jeram Toi, dekat sini berikutan empat remaja didakwa dijangkiti penyakit kencing tikus atau leptospirosis.

Pegawai Daerah Jelebu, Mohamed Roduan Ujang berkata, bagaimanapun keputusan ujian mengenai dakwaan itu belum muktamad kerana dimaklumkan mangsa turut mengunjungi beberapa tempat mandi awam lain.

"Setelah siasatan dilakukan, kita langsung tidak menemui tikus malah mengikut kakitangan yang bekerja di sini mendakwa tidak pernah menjumpai tikus walaupun perangkap dipasang di kawasan ini.

"Setakat pagi ini pun tidak ada keputusan muktamad mengatakan mangsa dijangkiti penyakit kencing tikus di Jeram Toi," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pemberita pada operasi pembersihan kawasan berkenaan membabitkan 100 kakitangan daripada Pejabat Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Jabatan Perhutanan negeri, polis, Syarikat Air Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan negeri dan SWM Environment Sdn. Bhd.

Sehubungan itu, Mohamed Roduan meminta supaya orang ramai tidak membuang sampah sewenang-wenangnya di kawasan berkenaan dan tindakan tegas akan dikenakan kepada pengunjung yang berbuat demikian.

"Kita minta Jabatan Perhutanan negeri membuat notis, kepada sesiapa yang didapati membuang sampah di kawasan rekreasi di daerah ini akan didenda RM500.

"Saya juga berharap pihak yang menyebarkan berita tidak sahih tanpa usul periksa melalui aplikasi WhatsApp supaya menghentikannya kerana ia boleh mencemarkan imej pelancongan di Negeri Sembilan khususnya Jelebu," ujarnya.

Kawasan rekreasi air terjun Jeram Toi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Seremban dikunjungi sekitar 10,000 orang sehari pada cuti hujung minggu atau cuti umum.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan berkata, kawasan rekreasi berkenaan akan ditutup selama dua minggu untuk tujuan kerja-kerja pembersihan.

"Kesemua mangsa yang berusia antara 15 hingga 18 tahun kini dilaporkan stabil setelah mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.