saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 09/08/2014

Hiroshige legenda seni Jepun

LUKISAN berjudul Hara yang dihasilkan pada 1830.

JEPUN merupakan sebuah negara kepulauan mempunyai alam semula jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai satu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial.

Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan.

Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan. Misalnya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun.

Hal ini demikian kerana secara legendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri.

Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari terbit.

Seniman terkenal Jepun yang dikenali sebagai Hiroshige yang dilahirkan dengan nama Ando Juemon adalah daripada keluarga biasa yang hidup sederhana. Namun pada umur 13 tahun, beliau bersama dua adiknya telah menjadi yatim-piatu namun tetap perlu menghadapi dunia fana yang tiada menentu.

Setelah mengalami beberapa kegagalan, akhirnya beliau diterima tinggal di sebuah sanggar seni seorang seniman ternama bernama Toyohiro, ketika berumur 15 tahun. Gurunya dapat mengesan bakat luar biasanya serta perwatakannya yang lurus, sehingga diberi gelaran Hiroshige.

Hiroshige yang terdiri daripada dua huruf Kanji (aksara Han Tiongkok), huruf pertamanya di ambil daripada namanya sendiri dan yang kedua daripada nama si anak. Tidak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil karya seni pertamanya ketika beliau baru berumur 16 tahun.

Tahun 1780 sehingga 1800 merupakan zaman keemasan kesenian Ukiyo-e apabila banyak seniman terkenal seperti Hokusai, Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni aliran ini.

Seni lukisan Ukiyo-e (mengecat) berdasarkan kejadian seharian. Namun seperti yang terjadi di negara Eropah, seni hanya disajikan untuk dinikmati oleh golongan elit daripada masyarakat Edo sahaja.

Disebabkan itu, tema lukisan berkisar kehidupan para bangsawan atau figura wanita yang cukup terkenal ketika itu sedangkan lukisan pemandangan dan kehidupan rakyat biasa kurang diminati.

Namun pada zaman Edo berikutnya yang disebut zaman kemunduran, terjadi satu perubahan seni kepada masyarakat umum sehingga memelonjakkan permintaan ke atas karya seni.

Zaman kemunduran yang berkaitan dengan kejatuhan ekonomi menyebabkan segala percetakan harus dilakukan dalam jumlah besar untuk mencapai skala ekonomi yang ditetapkan. Antara satu-satunya cara menyelesaikan kemelut ini ialah memasarkan karya seni kepada masyarakat umum dengan harga tinggi.

Hiroshige yang berkarya di zaman itu mendapat keuntungan tambahan kerana bukan saja dia berbakat, tetapi kebanyakan tema lukisannya adalah tentang rakyat.

Dalam lukisan berjudul Tahapan Tokaido misalnya menggambarkan aktiviti masyarakat Edo yang gemar mengembara atau mengunjungi tempat-tempat termasyhur dan tempat suci untuk beribadah walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

Hiroshige yang meninggal dunia pada usia 62 tahun turut dikenang dan dihargai sebagai seniman yang banyak berpenat lelah dalam merakyatkan seni ke dalam masyarakat Jepun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.