saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 09/08/2014

Hadiah jadi perangkap

"WANITA sering menyalahkan wanita lain apabila bercinta atau berkahwin dengan suami orang. "Saya bercerita daripada pengalaman sendiri ketika mula-mula masuk bertugas di sebuah pejabat dengan kelulusan diploma. Kerana masih muda dan tidak berpengalaman, orang ambil kesempatan daripada keikhlasan saya. Memang saya rasa bertuah dapat kerja dan terlaksanalah niat membantu ibu dan adik-adik di kampung." Itu cerita Masaliya di dalam e-melnya.

"Gaji pertama saya beri emak tak banyak cuma RM150. Sepuluh tahun lalu jumlah itu besar. Emak buat kenduri panggil orang masjid sambil mendoakan saya kekal bekerja. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Tetapi sebelum terima gaji banyak masalah terpaksa saya lalui.

"Paling teruk bila semua kerja yang dibuat tidak pernah memuaskan hati orang atasan. Semuanya salah, semua tak kena. Tapi saya sabar sambil berdoa diberikan kekuatan untuk menempuh semua kerenah itu.

"Entah macam mana ketika tengah tension itu tiba-tiba orang yang paling kita takut dan sering marahkan kita, tiba-tiba datang hulurkan bantuan. Memang rasa nak menangis sebab tak percaya pegawai yang garang ini mahu bantu kita.

"Macam-macam cara dia cuba ajar supaya kerja kita lebih mudah. Dengan bantuannya saya boleh melakukan kerja dengan cepat dan memuaskan hatinya. Untuk menyiapkan kerja yang banyak ketinggalan, saya terpaksa balik lewat dan Encik Fairuz turut bantu saya. Walaupun dalam ketakutan, tetapi hasilnya memuaskan.

"Selama lebih seminggu pulang lewat Encik Fairuz memesan makanan segera untuk kami makan bersama. Pendek kata dalam tempoh tersebut, rasa takut semakin berkurangan bila dia tunjukkan tanda puas hati dengan kerja saya. Tapi jangan silap ketika itu bukan kami berdua sahaja di pejabat, sebaliknya kami bekerja dalam satu pasukan enam orang, cuma ada tiga orang perempuan termasuk saya orang baru.Perubahan beliau turut menjadi kehairanan petugas lain. Kata mereka Fairuz banyak berubah.

"Dulu Fairuz tak banyak berbual, sentiasa sibuk habiskan tugas di dalam biliknya tetapi sejak saya hadir keadaan beliau bertukar. Lebih ketara lagi beliau sering memanggil saya ke biliknya untuk membantu menghabiskan tugasnya.

"Satu petang, dia bertanya tentang latar belakang saya dan keluarga. Katanya dia kagum dengan kerja saya. Habis dengar cerita keluarga saya, dia buka cerita keluarganya. Katanya dia terhibur sejak saya masuk bekerja. Dulu dia selalu stres.

"Katanya saya sabar bekerja dan tekun, berbanding anaknya sering bertukar kerja, mungkin kerana kami daripada latar belakang berbeza. Saya orang susah, dia orang senang sebab itu anak-anaknya tidak menghargai kerja yang dia dapat.

"Kerana beliau amat berterus terang. Maka saya jadi pendengar setia cerita keluarganya. Satu hari tanpa merasa malu beliau bertanya bolehkah dia meminjam RM100 daripada saya, esok lusa dia akan ganti. Katanya perbelanjaan rumahnya bertambah. Mendengar permintaannya takkan saya buta perut tak bagi. Kalau tak ada duit pun saya akan usahakan beri pinjam.

"Balik rumah saya berfikir takkan beliau begitu susah sampai tak ada duit? Lepas tiga hari beliau kembalikan RM100 bersama hadiah sepasang pakaian dari kedai pakaian ternama. Terkejut beruk saya, kata tak ada duit, tapi boleh bagi saya hadiah.

"Alasan beliau saya banyak membantunya ketika dia susah, dan hadiah itu dia beli gunakan kad kredit, bukan duit tunai.

"Hendak jadikan cerita sejak itu hubungan kami jadi bertambah baik, bukan lagi sebagai pekerja dengan bos, tetapi sebagai kawan. Katanya dia ikhlas sebab saya banyak bantunya. Tetapi alasannya memang tak masuk akal. Berapalah sangat bantuan saya berbanding hadiah mahal yang diberikan. Begitulah hubungan baik kami berterusan bulan demi bulan dan tahun berganti tahun. Tak sedar sudah lebih empat tahun saya bekerja di pejabat tersebut.

"Kerana terlalu baik, sering balik lewat ditambah pula saya sering bawa makan malam, perubahannya jadi tanda tanya isterinya. Encik Fairuz sendiri beritahu isterinya sudah jinak di rumah dan bertanya mengapa dia selalu pulang lewat.

"Dipendekkan cerita, satu hari saya terima panggilan telefon daripada isterinya bertanya hubungan saya dengan suaminya. Terkejut saya bila penjelasan saya tidak diterima. Sebaliknya saya dituduh mahu merampas suaminya dan mahu merobohkan rumah tangganya. Tak cukup fitnah isterinya, anak gadisnya juga bertanyakan soalan yang sama. Sejak itu saya mengelak bila Fairuz panggil ke biliknya atau meminta saya kerja lebih masa.

"Beliau mendakwa isterinya tidak boleh campur urusan pejabat, tetapi beliau sendiri tidak berani menegah isterinya memarahi saya. Sebaliknya beliau ajak saya kahwin. Sekali lagi saya terkejut, anak gadisnya sebaya saya, takkan saya sanggup jadi isterinya. Katanya, usia bukan ukuran kalau hati sudah suka. Katanya, walaupun dia akan bersara beberapa tahun lagi, tetapi simpanan KWSP cukup untuk menanggung saya.

"Disebabkan tidak tertahan gangguan dan dimalukan di pejabat bila isterinya bercerita kepada teman-teman sepejabat, saya terpaksa letak jawatan walaupun Fairuz menegah. Tetapi saya tidak boleh tahan dengan perangai bos yang tak boleh kawal kerenah isterinya mengganggu dan menabur fitnah di pejabat.

"Jadi, kesimpulannya jelas bukan semua wanita melayan suami orang, tetapi merekalah yang banyak merosakkan hati dan masa depan wanita seperti saya, semata-mata untuk memancing isterinya kembali menyayanginya, apabila dia gagal menjadi ketua keluarga, selain daripada ingin memuaskan nafsunya beristeri muda.'' Itu cerita Masaliya bahawa dia tidak melayan suami orang, sebaliknya dia terperangkap oleh lelaki penggoda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.