saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 27/07/2014

Bermula sebagai hobi

JALIL bersama sebahagian lukisannya.

SIAPA tahu dengan hanya menjadikan melukis sebagai hobi, kini Profesor Dr. Abdul Jalil Othman kini sudah memiliki beberapa siri pameran solo sendiri.

Bukan itu sahaja, hasil karya lukisannya juga kini mempunyai nilai yang cukup tinggi bagi penggemar lukisan tempatan mahupun luar negara.

Jelasnya, walaupun melukis itu satu hobi, namun tidak mustahil itu akan membuatkan kita dikenali dan karya lukisan yang dihasilkan itu akan menjadi permintaan peminat seni di luar sana.

"Saya melukis sebenarnya sejak daripada sekolah rendah lagi sekitar tahun 1970-an. Yang seronoknya ketika itu, selepas selesai melukis satu lukisan akan saya beri kepada orang lain.

"Mereka akan seronok apabila mendapat lukisan saya, itu yang membuatkan saya nak melukis lagi. Orang yang ambil lukisan saya itu mesti kata hasil tangan saya lawa, itu yang membuatkan saya lebih seronok," ujar Jalil ketika ditemui di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Jelasnya lagi, ketika itu dia hanya melukis bangunan serta pemandangan. Banyak rakan sekolahnya akan tunggu dia melukis sehingga satu lukisan berjaya dihasilkan.

Ketika peperiksaan mata pelajaran seni juga jelasnya, dia turut mendapat keputusan yang cemerlang iaitu pangkat A.

LUKISAN jenis abstrak menjadi pilihan Jalil.

"Saya ingat lagi, ketika saya melukis masa ambil peperiksaan tersebut, pengawas peperiksaan duduk di tepi saya dan memuji lukisan saya, itu adalah motivasi yang cukup tinggi bagi saya.

"Sebenarnya bakat lukisan saya ini adalah daripada arwah ayah saya sendiri, dia juga seorang yang cukup pandai melukis.

"Saya menghasilkan satu karya lukisan berjudul Air Mata khas untuk arwah ayah yang ketika itu cukup teruja untuk melihat pameran solo pertama saya yang diadakan di Universiti Malaya (UM).

"Saya hasilkan karya Air Mata itu dengan jiwa saya yang cukup sedih ketika itu, segala perasaan saya luahkan melalui karya tersebut," jelasnya yang bertugas sebagai Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa di Fakulti Pendidikan, UM.

Ketika ini, Jalil telah menghasilkan hampir 200 buah karya lukisan yang kebanyakan menggunakan konsep abstrak.

Pilihan alam semula jadi sebagai subjek utamanya sememangnya menunjukkan sesuatu kelainan jika ingin dibandingkan dengan hasil karya yang biasa kita lihat selama ini.

Jelasnya, setiap lukisan yang dihasilkan olehnya adalah melalui jiwa bukan daripada tangan semata-mata.

"Alam semula jadi cukup luas dan terdapat pelbagai rahsia yang perlu kita rungkaikan. Pengamatan terhadap alam semula jadi membuatkan kita terpesona dengan keindahan ciptaan Allah SWT.

"Sekiranya olahan dan permainan warna kita gabungkan sekali, maka hasil karya kita lebih mengagumkan. Bagi saya lukisan bukan sahaja sebagai karya seni tetapi ia juga boleh dianggap sebagai satu kaedah terapi dan ketenangan jiwa kepada kita," jelas Jalil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.