saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 13/10/2014

Pelabuhan Tanjung Manis

SEORANG peniaga, Zulkifli Morni menyusun hasil laut jualannya di Pasar Satok, Kuching.

DASAR Agromakanan Negara 2011-2020 telah menyasarkan pengeluaran akuakultur pada tahun 2020 sebanyak 794,700 tan metrik dan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pengeluaran akuakultur pada tahun 2012 meningkat sebnyak 127,092 tan metrik berbanding 2005 sebanyak 175,794 tan metrik sahaja.

Justeru peranan Pelabuhan Perikanan Laut Dalam (PPL) di seluruh negara dilihat menjadi tonggak kepada peningkatan serta keberhasilan industri perikanan sekali gus menjadi antara penyumbang kepada ekonomi negara masa kini.

Industri perikanan yang terdiri daripada tangkapan marin dan air tawar serta akuakultur merupakan penyumbang nilai tambah terbesar dengan menyumbang sebanyak RM7.3 billion atau 17.9 peratus kepada indusri agromakanan.

Perikanan marin merupakan penyumbang utama pengeluaran dan pendaratan ikan dan justeru itu, permintaan ikan dijangka akan meningkat dari 1.47 juta tan metrik (2012) kepada 1.9 juta tan metrik pada 2020 dengan pertumbuhan sebanyak 2.8 peratus setahun.

Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Tanjung Manis (PPLTM) di Sibu Sarawak, yang di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) antara pelabuhan yang meyokong pembangunan industri penangkapan serta pemprosesan ikan menerusi infrastruktur pendaratan, penyimpanan, pemprosesan, pemasaran serta pelbagai lagi kelengkapan berteknologi tinggi.

Sehingga Jun tahun ini, sebanyak 52 buah syarikat tempatan melakukan aktiviti di pelabuhan Tanjung Manis dengan 580 permit laut dalam telah diluluskan oleh Jabatan Perikanan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 163 bot pukat tunda, 12 bot pukat jerut dan 21 bot rawai / bubu / pancing telah diberi lesen dengan majoriti tenaga kerja warga asing iaitu Thailand seramai 820 orang dan Vietnam 140 orang menjalankan operasi sekittar pelabuhan.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, pendaratan ikan di pelabuhan itu pada 2013 adalah 21,470 tan metrik bersamaan RM37 juta iaitu 13 peratus daripada 160,000 tan metrik pendaratan ikan negeri Sarawak bagi tahun tersebut.

“Di samping itu, pelabuhan ini juga telah menyokong pembangunan industri pemprosesan ikan dengan terbinanya kilang pemprosesan surimi yang berupaya mengeluarkan surimi sehingga 40 tan metrik sehari.

“Bagi menyokong kepada industri tersebut, penglibatan syarikat swasta dalam membekal bahan input seperti air batu juga turut menyumbang kepada perolehan di Tanjung Manis," katanya ketika ditemui di Sibu baru-baru ini.

Tajuddin memberitahu, kementeriannya melalui LKIM juga telah membina sebanyak 48 pasar nelayan di seluruh negara bagi memastikan pengguna mendapat bekalan ikan terus dari nelayan dengan harga berpatutan.

Daripada jumlah itu, sebanyak enam buah pasar nelayan di Sarawak dengan jualan sekitar 160 tan metrik bernilai RM1.2 juta turut melibatkan 90 peserta bagi Januari hingga Jun tahun ini.

Selain itu bagi menggalakkan pendaratan ikan, kerajaan telah memberi insentif sebanyak 10 hingga 20 sen bagi setiap kilogram ikan yang diisytiharkan didarat dalam negara.

Penyediaan subsidi petrol dan diesel juga turut diadakan bagi tujuan mengurangkan kos operasi nelayan berikutan harga bahan api yang semakin meningkat sekali gus dapat menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran.

“Kerajaan turut memberi bantuan pemulihan nelayan sebanyak RM300 juta menerusi Projek Perumahan Nelayan yang merangkumi penambahbaikan rumah sedia ada serta projek Penempatan Semula Perumahan Nelayan yang telah dilaksanakan sejak 2013.

“Disamping itu juga kerajaan turut mengadakan program seperti Azam Tani dan Modal Insan yang menggalakkan belia menceburi bidang akuakultur marin melalui bantuan benih ikan, peralatan serta terlibat dalam industri hiliran," tambahnya.

Mengulas lanjut, Program Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) turut diperkenalkan di Pusat Latihan Tanjung Manis dengan pengambilan pertama pada 15 Jun 2010 adlah seramai 15 orang pelatih dan sehingga kini, terdapat kira-kira 50 pelatih yang telah berdaftar.

Objekif pusat latihan tersebut adalah untuk menghasilkan tenaga manusia terlatih serta berkemahiran selaras Industri Perikanan Marin Negara dengan menyediakan pakej latihan, kemudahan pembelajaran dan tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman.

Selain itu, pusat tersebut turut menyelaras perlaksanaan latihan kemahiran Kru Mahir Teknologi Perikanan Tangkapan dan Pembantu Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan berasaskan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.

Menerusinya, pelatih mampu untuk menilai keberkesanan sistem latihan dan melakukan penambahbaikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.