saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 13/10/2014

Melahirkan robot tempatan

DR. Muhamad Zaihirain meninjau aktiviti R&D dalam bidang robotik di TPM.

Teknologi robotik merupakan salah satu teknologi masa kini yang menjadi tunjang kepada industri pembuatan dan pengeluaran.

Teknologi robotik telah bertapak sekian lamanya di negara ini menerusi pelbagai kerjasama serta pertukaran teknologi dari negara-negara maju yang melabur di Malaysia.

Pertukaran teknologi tersebut menyaksikan kemahiran teknikal serta ilmu berkaitan teknologi dalam kalangan pekerja di pihak industri, ahli akademik serta institusi yang terlibat semakin meningkat, malah setanding dengan kualiti dunia.

Namun segala kemahiran serta ilmu yang diperolehi hanya dimanfaatkan ketika para pelabur itu masih berada di tanah air.

Apabila mereka pulang serta menutup syarikat, para pekerja tempatan yang mahir serta memiliki ilmu berkenaan teknologi tersebut hanya berakhir di situ.

Menurut Pengurus Besar di Pusat Pengekomersialan Teknologi (CTC), Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM), Dr. Muhamad Zaihirain Mohamed Rasin, negara memiliki tenaga kerja yang berkemahiran tinggi berikutan polisi kerajaan yang menggalakkan pemindahan teknologi dalam kalangan pelabur luar kepada rakyat negara ini.

“Namun setelah sekian lama dan dengan pelbagai kemahiran yang kita perolehi kini, kita tidak masih tidak mampu untuk menghasilkan suatu produk khas dalam negara.

“Sebagai contoh kita boleh lihat Korea Selatan yang bermula dalam industri elektronik agak terlewat berbanding kita kini berjaya memiliki jenama terkemuka dunia seperti Samsung.

“Kita masih tertumpu kepada pembuatan pelbagai komponen elektronik sahaja tanpa ada suatu situasi persaingan yang sihat menghasilkan produk akhir dengan jenama tersendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuka bicara berkenaan hala tuju teknologi robotik di pejabatnya di TPM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujarnya, menyedari keadaan tersebut, kerajaan telah menubuhkan TPM sebagai satu agensi yang bertindak sebagai satu platform untuk menyatukan segala kemahiran tersebut sama ada di pihak industri, akademik dan juga masyarakat. Menerusi TPM, maka tercipta sebuah Pusat Robotik dan Sistem Pembuatan Fleksibel (CRFMS).

“Ideanya adalah untuk merealisasikan impian kerajaan bagi meningkatkan kekayaan negara menerusi sektor pembuatan dan penghasilan produk.

“Kita tidak mahu lagi hanya menjadi sebuah negara pengguna, untuk mencapai cita-cita tersebut (negara berpendapatan tinggi), Malaysia harus menjadi sebuah negara pengeluar produk," katanya.

Untuk tujuan tersebut, TPM telah membangunkan beberapa program mereka yang tersendiri.

“Contoh mudah adalah sesetengah daripada kita memiliki idea yang bernas, inovatif untuk menghasilkan sesuatu produk bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi setiap hari.

“Idea tersebut kadang-kala timbul apabila kita menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugasan ketika bekerja atau menjalani kehidupan seharian.

“Namun siapakah yang perlu memainkan peranan menjadikan idea tersebut sebagai realiti dengan terciptanya produk sehingga ia dikomersialkan," katanya.

Tambahnya, apa yang pasti, jika idea tersebut tidak direalisasikan dalam bentuk penghasilkan sesebuah produk maka idea hanya akan tinggal idea semata-mata.

Justeru, TPM memainkan peranan penting dalam memastikan segala idea inovasi yang benar-benar dapat dimanfaatkan kepada negara menjadi kenyataan.

Perkara yang sama juga berlaku dalam pengembangan teknologi robotik dalam negara iaitu TPM kini sedang memberi tumpuan kepada pembangunan robotik di bidang kesihataan dan juga pendidikan.

Jelas Dr. Mohamad Zaihirain, dua bidang tersebut diberi penekanan berikutan ia masih kurang diberi perhatian di negara ini.

“Sememangnya terdapat teknologi robotik dari luar untuk kegunaan bidang perubatan dalam negara, namun ia terlalu mahal.

“Kos penggunaan teknologi robotik luar negara tersebut adalah tidak setara dengan keperluan contohnya pesakit angin ahmar dan diabetes di negara ini," katanya.

Terdapat beberapa teknologi robotik yang digunakan dalam bidang fisioterapi bagi membantu pesakit namun ia masih belum dapat menampung keperluan pengguna yang semakin mendesak terutamanya di kawasan bandar.

Terkenal sebagai sebuah pusat sehenti untuk teknologi robotik negara, juga memainkan peranannya sebagai nukleus kepada bidang yang berkaitan robotik, industri serta ahli akademik untuk menghasilkan produk yang berteknologi tinggi.

Bagi membangunkan sesebuah produk, ia akan bermula daripada penjanaan idea kemudian akan dikembangkan kepada POC (Proof Of Concept).

Apabila idea tersebut dilihat berbaloi untuk direalisasikan ia akan memasuki fasa pembuatan prototaip kemudian akan diuji.

Setelah prototaip produk tersebut boleh diterima pakai, ia akan diperhalusi lagi dan ditambah baik (upscalling) dan terakhir dipasarkan.

“Tidak semua idea yang dikemukakan kita akan terus hasilkan prototaip dan berakhir dengan produk untuk dipasarkan.

“Kita juga perlu menjalankan saringan tertentu seperti mengesan hak cipta, adakah produk tersebut pernah dihasilkan dan paling penting adakah ia berpotensi untuk dikomersialkan dan memberi impak yang baik untuk negara," ujarnya.

Bagaimanapun, tidak semudah itu untuk menolak sebarang idea inovasi yang dikemukan, katanya jika inovasi tersebut boleh dilaksanakan oleh agensi lain dibawah kerajan ia akan diserahkan kepada mereka agar direalisasikan.

TPM juga memiliki dana yang ternad, justeru untuk membangunkan sesebuah prototaip itu memerlukan kos yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai kajian dan pengembangan (R&D).

R&D dalam skala yang besar juga merupakan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak industri dan akademik kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Justeru, TPM merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menjayakan idea inovasi tersebut (sehingga terhasilnya produk) kemudia ia diserahkan kepada pihak industri yang berminat untuk memasarkannya.

“Kesinambungan ini adalah amat penting kerana setiap satunya (TPM, ahli akademik, pencipta dan pihak industri) akan mendapat manfaat disebaliknya.

“Bagi TPM, kerajaan khususnya, keuntungan yang dijana adalah di dalam bentuk bayaran royalti dan juga penjanaan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan kepada rakyat serta kestabilan eknomi yang membolehkan pendapat negara ditingkatkan," katanya.

Terkini, pusat robotik TPM sedang membangunkan pelbagai teknologi robotik seperti Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) serta pelbagai lagi.

“Apa yang pasti TPM perlu melahirkan teknologi tempatan berkaitan robotik agar kita dapat menghasilkan produk akhir sendiri," katanya.

TPM juga bekerjsama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT) seperti SIRIM Berhad, Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MiGHT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan pelbagai lagi dalam menjayakan hasrat tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.