saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 06/10/2014

Mesin putu mayam

Kakitangan ZDA menampal label pada

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai bangsa dan kini turut dinikmati oleh kebanyakan kaum di Asia.

Makanan ini juga mendapat permintaan yang tinggi daripada rakyat Malaysia. Penghasilan putu mayam memerlukan masa yang lama dan tenaga kerja yang ramai.

Bagi peniaga, kepuasan pelanggan semestinya menjadi keutamaan. Tempahan yang banyak memerlukan peniaga menghasilkan putu mayam secara lebih cepat.

Oleh itu, peniaga perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk mengambil lebih ramai tenaga kerja.

Kegagalan peniaga untuk membekalkan putu mayam mengikut kehendak pelanggan boleh memberi kesan kepada ekonomi peniaga.

Bagi peniaga putu mayam yang menjalankan jualan secara langsung seperti di pasar malam atau di gerai, bekalan putu mayam yang berterusan sememangnya sangat penting bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Sehubungan itu, melalui penggunaan mesin putu mayam ini, proses penghasilan putu mayam akan menjadi lebih mudah dan lebih menjimatkan masa penghasilan.

Selain itu, mesin tersebut juga bukan hanya boleh untuk menghasilkan putu mayam tetapi juga berkebolehan untuk menghasilkan maruku dan laksa.

Mesin putu mayam keluaran Zull Design Autotronic (ZDA) kali ini merupakan mesin naik taraf berbandng mesin keluaran ZDA sebelum ini.

Penggunaan mesin baharu ini lebih mudah untuk di operasi berbanding dengan mesin terdahulu. Mesin keluaran terbaharu ini menggunakan tangan sebagai pengawal utama manakala keluaran yang lepas pula menggunakan kaki sebagai kawalan utama.

Pengguna hanya perlu menekan butang pada alat kawalan putu payam untuk menggerakkan penekan dan membentukan putu mayam secara bulatan dalam masa yang sama.

Mesin putu mayam yang lama pula memerlukan pengguna untuk menekan suis pada kaki untuk menghasilkan putu mayam sambil menggunakan tangan untuk mengawal bentuk putu mayam yang ingin dihasilkan dalam satu masa.

Rangka penghasilan mesin putu mayam yang lama hanya menggunakan keluli lembut (mild steel) sebagai bahan utama

Mesin putu mayam yang terbaharu hasil reka cipta ZDA menggunakan keluli tahan karat sebagai rangka utama.

Mesin terbaharu ini juga tidak mempunyai kotak kawalan seperti mesin putu mayam keluaran lepas, membolehkan proses penggunaan lebih mudah sekali gus dapat menjimatkan kos elektrik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.