saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 06/10/2014

Rakyat kita kreatif

RUANGAN Galeri Inovasi Yayasan Inovasi Malaysia di Cyberjaya.

Penyangkuk besi angle hook yang tergantung dari rel langsir menggantikan drip stand di tepi katil hospital, pemangkas rumput untuk menuai padi dan herba yang diproses menjadi makanan lazat adalah antara contoh inovasi rakyat Malaysia.

Contoh-contoh tersebutdi atas hasil pemerhatian Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) kepada lebih 50 lokasi di seluruh negara sejak 2011 dan turut mendapati rakyat Malaysia, daripada jururawat, petani dan suri rumah begitu kreatif dan inovatif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Muhammad Aziph Mustapha, mereka menggunakan apa yang ada untuk menghasilkan ciptaan yang dapat memudahkan kerja.

Penemuan itu juga menunjukkan di samping memudahkan kerja dan menjimatkan kos, penghasilan itu turut membantu penduduk tempatan menjana pendapatan.

"Dari tahun 2011 hingga Jun tahun ini, kami mendapati penduduk tempatan mereka cipta 1,254 produk inovatif di seluruh negara.

"Inovasi ini ditemui menerusi program Jejak Inovasi, program eksklusif oleh YIM untuk mencari, membangun serta mempromosi ide serta inovasi rakyat Malaysia.

"Program ini juga cuba mendokumenkan produk inovasi dan kreatif yang dihasilkan rakyat Malaysia," katanya.

Mengenai angle hook, Muhammad Aziph berkata, ia adalah penyangkuk logam yang boleh digantung dari rel langsir di wad hospital.

Meskipun ia mungkin nampak satu reka cipta yang mudah, ia boleh menggantikan drip stand yang memakan ruang dan hasilnya, kawasan sebelah katil hospital tidak sempit.

Bagaimanapun, jangan terperanjat kerana penyangkuk ini adalah hasil reka cipta jururawat dari Perlis, Rusmira Ramli.

"Setakat ini, penyangkuk ini ditambah baik dan digunakan di beberapa hospital di Perlis dan Kedah," katanya.

Muhammad Aziph juga berkongsi satu lagi contoh, inovasi dari Sabah, dikenali sebagai serunding tuhau, sejenis herba yang dimakan oleh masyarakat suku kaum Dusun di negeri itu.

Menurut beliau, inovasi menukar herba menjadi satu makanan yang menyelerakan memberi pulangan yang lumayan kepada suri rumah, Wasinah Kuntagil.

Suri rumah yang berasal dari Tambunan ini sekarang memperoleh pendapatan sehingga RM12,000 sebulan dan herba beliau kini sudah memasuki pasaran Filipina.

Reka cipta lain, katanya termasuk pemotong padi yang dihasilkan daripada pemangkas rumput dan empangan hidro-elektrik mini. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.