saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 06/10/2014

Kepentingan rumput laut

PENYELIDIKAN rumput laut yang dijalankan UPM di beting Merambong Johor.

Dalam arus pembangunan masa kini rumput laut dari hari ke hari semakin berkurangan. Kekurangan kawasan hamparan rumput laut berlaku kebanyakannya disebabkan oleh faktor semula jadi dan aktiviti manusia.

Peningkatan aktiviti gelombang akibat daripada ribut semasa monsun timur laut mengancam hamparan rumput laut menyebabkan sama ada rumput laut terdedah atau tertanam oleh timbunan pasir, kelodak atau lumpur.

Bagi rumput laut yang mendiami kawasan lagun semi-tertutup seperti di Pangkalan Nangka, Kelantan dan Merchang, Terengganu dipengaruhi oleh kemasinan rendah kerana hujan yang kerap pada musim tengkujuh atau oleh peningkatan kemasinan disebabkan oleh kemarau yang panjang.

Hamparan rumput laut adalah ekosistem yang sensitif yang mudah rosak atau musnah.

Sesetengah spesies rumput laut sangat lambat berkembang disebabkan itu ia mengambil masa untuk pulih daripada kerosakan besar.

Walaupun rumput laut boleh bertoleransi dengan gangguan semula jadi yang sederhana melalui adaptasi morfologi dan fisiologinyanamun, jika gangguan seperti ombak besar yang kuat boleh menyebabkan kehilangan rumput laut di sesuatu persekitaran.

Kehilangan ini boleh melibatkan penipisan hamparan rumput laut sedia ada.

Walaupun pemulihan boleh berlaku melalui pertumbuhan daripada rizom, tetapi selalunya ia melibatkan kehilangan separa atau keseluruhan jumlah kawasan hamparan tersebut.

Persekitaran rumput laut pada hari ini lebih terancam berbanding sebelum ini ekoran daripada peningkatan bilangan penduduk di perairan pantai yang menggunakan persekitaran tersebut untuk pelbagai aktiviti.

Misalnya aktiviti pengorekan pasir dan penambakan tanah di kawasan pesisir pantai untuk projek penstabilan pantai. Akativi lain termasuk membangunkan kemudahan baru seperti pembinaan pelabuhan dan peluasan tanah akan menyebabkan peningkatan kekeruhan air dan secara langsung akan memusnahkan pertumbuhan rumput laut.

Larian sedimen daripada pembukaan tanah baharu dan kadang-kadang daripada aliran banjir ke kawasan pantai juga boleh meliputi rumput laut.

Di samping itu, pelupusan efluen kumbahan tidak dirawat menghasilkan baja domestik dan aliran sisa haiwan yang kaya dengan nutrien yang menggalakkan pertumbuhan alga merah di dalam air.

Pertumbuhan alga merah yang terlampau ini akan meliputi hamparan rumput laut dan akan mengurangkan keupayaan berfotosintesis dan seterusnya memusnahkan pertumbuhan rumput laut.

Rumput laut adalah ekosistem yang berharga dan mempunyai banyak nilai positif untuk persekitaran pantai.

Ia perlu dilindungi kerana pelbagai kepentingan. misalnya sebagai habitat bernilai, penstabilan pantai dan dasar laut dan sumbangan kepada ekosistem pantai yang sihat dengan kepelbagaian komuniti yang tinggi.

Perlindungan rumput laut menyokong kedua-dua nelayan tradisional dan komersial. Perikanan tradisional yang kukuh boleh menjadi asas ekonomi yang lebih baik kepada sumber pantai yang saling bergantung dengan komuniti.

Rumput laut sebagai sumber berguna kepada manusia sejagat dan telah mendapat perhatian di negara yang mempunyai kawasan tersebut.

Rumput laut, jenis Zosteramarina dan , Phyloospadix sp. boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk penghasilan kertas bermutu tinggi.

Syringodiumfiliforme merupakan spesies rumput laut yang terdapat di kawasan sub-tropika telah digunakan sebagai baja untuk tanaman tomato dan strawberi yang didapati hasil buahnya bersih dan mempunyai rasa enak.

Di Filipina, Enhalusacoroides dan Thalassiahemprichii berpotensi sebagai makanan haiwan ternakan lembu daging.

Rumput laut juga boleh dijadikan makanan manusia.

Contohnya Zosteramarina dijadikan makanan oleh orang Indian yang menghuni di kawasan pesisir pantai utara-barat Pasifik.

Daun muda Halophilahawaiiensis pula dijadikan sebagai salah satu ramuan hidangan makanan salad; buah Enhalusacoroides mengandungi karbohidrat tinggi dan boleh dimakan secara mentah ataupun direbus.

Kita seharusnya peka serta menghargai seterusnya menjaga kawasan rumput laut kerana peranan yang dimainkan dan juga demi untuk kesejahteraan alam sejagat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.