saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 06/10/2014

Tujuh inovasi dikomersialkan

E-Chair dan Tanjak antara inovasi yang dibangunkan oleh inovator tempatan.

Sebanyak tujuh inovasi baharu yang dibangunkan oleh enam individu dari Perlis telah berjaya dikomersilkan dengan bantuan Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM) dan Yayasan Innovasi Malaysia (YIM) baru-baru ini.

Inovasi terkini tersebut berjaya dibangunkan hasil enam bulan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui program antara pencipta dan kolaborator mereka, YIM.

TPM Engineering Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh TPM, telah dilantik oleh YIM untuk menjalankan pengeluaran prototaip dan produk dikomersialkan.

Inovasi tersebut telah diumumkan bersama oleh TPM dan YIM sempena inisiatif Tahun Pengkomersilan Tahun MOSTI 2014 (MCY 2014) pada satu majlis penyerahan rasmi alat kerusi roda yang dikenali sebagai E-Chair dan Tanjak kepada Tun Dr. Siti Hasmah, Kakitangan Utama Penyayang di Kangar.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Azman Shahidin, penjanaan idea inovasi ini telah dipelopori di peringkat akar umbi oleh penduduk Perlis dan bermanfaat bagi menggalakkan dan memupuk lebih banyak usahawan dan usahawan teknologi di negeri berkenaan.

"TPM dan YIM telah diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu dalam pembangunan dan pertumbuhan inovasi akar umbi untuk membantu rakyat dalam mengkomersilkan idea mereka dalam kelompok industri kejuruteraan maju, ICT, bioteknologi dan sains hayat, dan teknologi hijau.

"Kami percaya bahawa sumbangan kami dalam membantu peringkat akar umbi akan membawa transformasi dan faedah ekonomi yang lebih besar kepada orang ramai untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan kesejahteraan masyarakat," kata Azman.

Sebagai contoh E-Chair dan Tanjak telah diilhamkan oleh Noorhisham Kawardin, seorang pekerja di Rumah Seri Kenangan Kangar, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah.

E-Chair adalah kerusi roda laras dari segi ketinggian tempat duduk dan bahagian belakang. Ia adalah mesra pengguna dan menawarkan aktiviti-aktiviti memudahkan pengguna.

Sementara itu, Tanjak bertindak sebagai jalan (ramp) untuk menggerakkan kerusi roda ke tempat yang lebih tinggi. Ia mudah alih dan boleh dibawa di dalam but kereta.

Pada satu majlis yang diadakan di negeri tersebut baru-baru ini, TPM dan YIM membentangkan sangkar keluli tahan karat untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyembelihan lembu mengikut kaedah yang dibenarkan oleh syarakt kepada Masjid Sg. Batu Pahat.

Idea pembangunan telah diilhamkan oleh perekanya Hamzan Hashim adalah mudah alih dan menggunakan sistem hidraulik.

Sebagai sebuah agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Technology Park Malaysia Sdn. Bhd. mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan teknologi kepada mana-mna usahawan yang berminat. Mereka boleh bekerjasama untuk mengkomersialkan idea empat kelompok industri, iaitu, ICT, kejuruteraan, bioteknologi dan teknologi hijau.

Antara inovasi lain yang dihasilkan oleh pencipta Perlis yang telah dikomersilkan ialah:

* Keluli tahan karat Angel Hook yang akan digunakan di hospital-hospital untuk menyangkut botol penitis untuk digantung pada rel langsir. Cangkuk (hook) membolehkan tiga botol drip digantung pada satu-satu masa dan menghalang pesakit dari bergerak keluar dari hospital dengan batang drip tersebut. Ia telah dibangunkan oleh Rusmira Ramli dari Hospital Tuanku Fauziah.

* Sistem pengangkutan Kubota, alat untuk membajak jentera telah dibangunkan oleh Ibni Saiful Soon Phong Abdullah yang boleh dipasang di belakang motosikal untuk mengangkut atau menggerakkan jentera membajak. Idea inovatif ini menawarkan faedah yang berharga kepada pengusaha bengkel dan petani padi.

* Mesin inovasi untuk kerja-kerja kraftangan berasaskan jerami yang dibangunkan oleh Che Som Othman. Ia menyediakan mesin penekan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses memampatkan lembaran kertas berasaskan jerami. Jentera dilengkapi dengan mesin pengering untuk mempercepatkan proses pengeringan kepingan kertas.

* Alat inovasi untuk kerja-kerja kraftangan berasaskan akhbar yang menyediakan satu set meja kerja dan kertas pemotong untuk roll-up akhbar. Ia mampu memudahkan proses pengeluaran dan meningkatkan produktiviti produk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.