saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 29/09/2014

Kelebihan meja berputar

Petugas mengisi bahan cecair yang hendak dimasukkan ke dalam bekas yang disusun pada meja berputar.

Meja berputar (rotary) ini merupakan talisawat (conveyor) yang boleh bergerak dalam bentuk bulatan.

Bekas makan atau minuman akan diletakkan di atas meja kemudian tali sawat tersebut akan mengerakkan bekas tersebut.

Kelebihan meja tersebut adalah bentuknya yang bulat dapat menjimatkan ruang berbanding meja conveyor secara memanjang yang memakan lebih banyak ruang.

Di samping dapat menjimatkan ruang, meja berputar ini juga mudah dikendalikan.

Meja jenis itu sesuai untuk digunakan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) kerana dapat mempercepatkan proses pembungkusan.

Ini kerana proses pembungkusan ini dilakukan dalam kuantiti yang banyak.

Dengan adanya meja berputar ini, proses pembungkusan berjalan dengan cepat dan lancar.

Di samping itu, meja berputar juga boleh digabungkan bersama beberapa mesin yang lain antaranya mesin pengisian.

Antara pengisian yang boleh dilakukan bersama meja berputar itu adalah pengisian cecair seperti air minuman berperisa, sos dan kerisik.

Meja tersebut bertindak menggerakkan bekas makanan atau minuman ke mesin pengisian supaya proses pengisian dapat dilakukan dengan sistematik dan efisien.

Untuk makluman pengguna, meja berkenaan beroperasi secara semi automatik iaitu tidak beroperasi secara automatik.

Dengan kata yang lain, mesin ini hanya menggunakan sedikit tenaga pekerja untuk mengendalikan mesin tersebut.

Kos gaji pekerja juga boleh dijimatkan untuk mengendalikannya. Hanya seorang atau dua orang pekerja sahaja diperlukan berbanding kaedah manual yang menggunakan lebih ramai tenaga kerja.

Meja berputar itu dihasilkan atas permintaan pelanggan seperti rekaan saiz meja adalah mengikut spesifikasi yang pelanggan inginkan.

Seperti yang diketahui, meja jenis itu sememangnya ada di pasaran.

Walaubagaimanapun, Zull Design Autotronic (ZDA) cuba menghasilkan meja berputar mengikut kemampuan dan spesifikasi pelanggan itu sendiri.

Perbincangan antara ZDA dan pelanggan harus dilakukan secara teliti dan terperinci.

Jika tiada perbincangan antara ZDA dan pelanggan kemungkinan besar berlaku salah faham dan mesin yang dihasilkan tidak mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh pelanggan.

Oleh itu, ZDA menginginkan perbincangan daripada dua pihak agar mesin yang dihasilkan mengikut kehendak mereka.

Permintaan dalam pembuatan atau penghasilan meja ini adalah salah satu idea yang sangat berharga dalam menaik taraf sesebuah mesin.

Sebagaimana yang diketahui oleh pembaca, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada, dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna.

Penciptaan mesin juga berdasarkan permintaan pelanggan itu sendiri. Cara tersebut dapat membantu pelanggan untuk menempah mesin mengikut modal dan kemampuan pengguna.

Oleh itu, harga bagi setiap mesin keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada kemampuan dan kehendak pengguna.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.