saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 29/09/2014

Peranti arah kiblat elektronik

Inovasi arah kiblat ciptaan UIAM boleh membantu menyelesaikan masalah mereka yang mengembara.

Bagi mereka yang gemar mengembara ke luar atau di dalam negara tidak kira sama ada atas urusan kerja atau pun tidak, pasti merasakan agak sukar untuk mencari arah kiblat selain menunaikan solat di masjid atau pun surau.

Hasil daripada penelitian, kajian dan termasuk pengalaman sendiri, penyelidik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) iaitu Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Fadzil Ismail dan Atikah Balqis cuba menyelesaikan masalah yang sering dihadapi kepada mereka yang sering mengembara ke merata tempat. Mereka telah mencipta Penunjuk Arah Kiblat Elektronik.

Sepanjang kajian dan ciptaan alat tersebut yang memakan masa selama dua tahun, banyak penambahbaikan yang dijalankan agar alat tersebut mudah dibawa dan praktikal kepada pengguna.

Menurut Dr. Ahmad yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UIAM, ketika berada di luar negara atas urusan kerja, amat sukar untuk mencari arah kiblat.

“Walaupun terdapat arah pandu kiblat dalam aplikasi telefon namun kita perlu menggunakan capaian data yang mana kadar yang dikenakan agak mahal jika di luar negara,’’ ujarnya.

Dengan reka bentuk yang menarik serta mesra pengguna, alat ini dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada masalah yang sering dihadapi oleh orang islam setiap kali ke luar negara, terutamanya di negara bukan Islam.

“Apabila kedudukan kiblat sudah dikenal pasti, sistem penggera akan mengeluarkan bunyi “beep" dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang cacat penglihatan untuk mengenal pasti kedudukan arah kiblat walau di mana sahaja mereka berada," katanya.

Peranti ini boleh dibawa ke mana sahaja dan boleh digunakan di mana sahaja.

Dalam perancangan akan datang, alat ini akan menjalani beberapa penambahbaikan dari segi fungsi antaranya ialah untuk melengkapkan peranti ini dengan isyarat solat lima waktu dan juga akan menghasilkan sejadah yang mempunyai pengesan arah kiblat.

“Ia juga adalah selaras dengan falsafah universiti yang mana UIAM dapat menyumbangkan sesuatu untuk dunia Islam walaupun kecil tetapi impaknya adalah besar," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.