saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 25/09/2014

Ruang untuk penggiat kreatif

PEREKA 3D dari 3D Printer Sdn. Bhd., Teng Yeik Ling menunjukkan salah satu model yang dihasil menggunakan pencetak UP! Plus 2 3D.

Ketika ini industri kreatif berkembang di seluruh dunia dengan cukup pantas seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

Cabang yang sangat luas, menyebabkan industri kreatif sangat diperlukan bukan hanya tertumpu kepada penghasilan permainan video dan animasi sebaliknya kini diaplikasi dalam bidang yang serius seperti industri minyak, industri perikanan, perkilangan dan seumpama.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat industri kreatif menjadi satu daripada sumber terpenting dalam pertumbuhan ekonominya yang menyumbang tidak kurang US$3 trillion setahun.

Di Malaysia, industri kreatif turut berkembang dan berpotensi besar menjadi penyumbang kepada KDNK negara iaitu 1.3 peratus berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun yang menyumbang lima hingga tujuh peratus kepada KDNK.

Melihat potensi itu, persidangan yang dinamakan KL Converge diadakan buat julung kalinya sebagai medan untuk penumpuan idea-idea dan pengedaran bahan digital melalui web. Ia juga menjadi platfom Malaysia untuk menjadi hub media dan komunikasi digital terkemuka Asean.

Persidangan akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 17 hingga 19 Sept di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ia sebagai ruang terbaik untuk pemain industri multimedia, komunikasi, konten dan kreatif bertukar-tukar idea serta meneroka peluang baru, demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Membawa tema, Lihat, Dengar, persembah, Cakap, Rasa, Sentuh dan Keceriaan akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dari pelbagai negara dan syarikat secara terus bagi memaparkan aplikasi, permainan, filem dan rancangan TV.

Kepentingan teknologi digital

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan jutaan manusia hari ini bergantung kepada aplikasi digital untuk membantu melancarkan tugas.

Ini menyebabkan permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan pengguna terhadap bahan digital yang merangkumi pelbagai bidang antaranya pendidikan, hiburan dan penyelidakan.

Mohamed Sharil berkata, perkara itu antara fokus utama dalam KL Converge 2014 terutama perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sistem digital negara.

Malaysia menduduki negara keempat di dunia mempunyai ’warga digital’ bagi kadar penggunaan jalur lebar dan aplikasi internet dalam tempoh lima tahun dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, sistem digital bagi stesen televisyen negara yang kini dalam fasa pembikinan kandungan dan melengkapkan prasarana transmisi dijangka mula beroperasi pada suku pertama tahun hadapan.

KL Converge akan menjadi satu inisiatif bagi SKMM mencungkil bakat dan kandungan tempatan untuk Televisyen Terrestial Digital (DTT) Malaysia yang akan dilancarkan kelak.

“Sistem TV digital ini akan menambahkan lagi bilangan saluran dan pihak kami sedang mencari kandungan-kandungan untuk dimasukkan ke dalam saluran itu nanti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.