saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 22/09/2014

Buat baulu lebih pantas

Seperti yang kita sedia tahu kuih baulu merupakan kuih tradisional bagi orang Melayu. Di samping itu, kuih tersebut lazimnya sering dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain.

Pembuatan kuih baulu ini sangat mudah dan memerlukan bahan yang sedikit seperti tepung gandum, telur dan gula.

Bahan-bahan tersebut sangat mudah didapati di pasaran.

Namun, kelainannya bagi setiap baulu yang dihasilkan adalah pada teknik pembakaran bahan-bahan asas pembuatan kuih berkenaan dan sukatan bahan-bahan pembuatan.

Dengan peredaran masa yang semakin canggih dan moden, teknik pembuatan kuih baulu juga berbeza berbanding zaman dahulu.

Jika dahulu, orang bersusah payah dan berpenat lelah bagi memukul bahan-bahan pembuatan kuih baulu seperti tepung gandum, telur dan gula dengan mengunakan tenaga empat kerat mereka.

Di samping itu, mereka turut membakar adunan di atas bara api dan perlu diselubungi asap yang menyesakkan.

Namun kini, mereka tidak lagi menggunakan teknik tersebut dan hanya segelintir orang sahaja yang masih mengekalkan tradisi zaman nenek moyang mereka.

Dengan adanya kemudahan barangan elektrik seperti ketuhar dan alat pencampur dalam dunia masakan kini, pembuatan kuih baulu tidak seperti dahulu.

Kapasiti kuih baulu yang dihasilkan dengan menggunakan teknik nenek moyang kita dahulu juga berbeza dengan teknik yang digunakan pada zaman sekarang.

Jika dahulu, untuk menghasilkan baulu dengan kuantiti yang banyak mengambil masa yang lama namun sekarang tidak lagi.

Daripada kekurangan yang ada, Zull Design Autrotonic (ZDA) telah memikirkan satu idea untuk membantu pengusaha industri kecil sederhana (IKS) dengan mencipta mesin pemukul baulu.

Dengan adanya mesin tersebut, pengusaha diharap dapat menghasilkan kuantiti kuih baulu yang banyak dalam masa yang singkat.

Sewajarnya, pengusaha IKS berasaskan kuih baulu mencuba mesin tersebut dan datang berjumpa dengan staf ZDA untuk mencubanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.