saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 22/09/2014

Meneroka industri hiliran buluh

FRIM boleh berbangga dengan kejayaan penyelidiknya membangunkan inovasi daripada buluh.

Dengan kejayaan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam industri huluan seperti kultur tisu , satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah industri hiliran bagi membolehkan buluh dan produknya melalui fasa komersial.

Malangnya kita menghadapi masalah kerana sikap segelintir yang tidak menghargai anugerah ini yang sebenarnya banyak manfaat dan pelbagai guna.

“Ini (buluh) anugerah kepada kita dan penggunaanya lebih menyelamatkan bumi kerana dapat dituai dalam jangka masa singkat.

Demikian kata-kata Ketua Program Kualiti Kayu dan Produk Bukan Kayu, FRIM Dr. Mohd. Tamizi Mustafa apabila diminta mengulas mengenai kebaikan buluh dan kegunaannya.

Kata beliau , masyarakat Barat lebih menghargai buluh kerana ia lebih mesra alam dan merupakan sumber bahan mentah yang boleh diperbaharui dengan cepat berbanding kayu balak yang mengambil masa yang lama untuk dituai. Lantas produk ini dianggap produk hijau yang tidak merosakkan alam.

Bagaimanapun kata Mohd. Tamizi, spesies buluh tempatan mampu bersaing dengan buluh dari luar negara, memandangkan kekuatan fizikalnya adalah lebih baik.

Ciri pertumbuhan yang sympodial (berumpun) memberikan kelebihan berbanding dengan sesetengah buluh dari luar negara yang pertumbuhannya monopodial.

Kelebihan buluh tempatan ini mendorong usaha kearah penerokaan bagi penghasilan produk-produk yang berkualiti.

Penumpuan dilakukan oleh ahli sains FRIM bagi merealisasikan dan memanfaatkan sumber ini ke arah mengkomersialkan hasil penyelidikan.

Penyelidikan dalam bidang buluh ini bermula seawal 1970-an dengan lebih memberi tumpuan kepada bidang taksonomi buluh dan taburan pertumbuhan.

Seterusnya kajian ke arah penanaman dan penggunaan buluh secara intensif bermula pada awal 1980an selari dengan penubuhan Unit Pembangunan Perusahaan Kecil (UPPK) yang mendapat dana pembiayaan Bank Dunia sehingga 1997.

Unit tersebut berperanan bagi membangunkan industri kecil dan sederhana berasaskan sumber buluh, rotan dan kayu dalam negara.

Dalam pada itu menurut Pegawai Penyelidikan Kanan Unit Pembangunan Produk Baharu FRIM, Dr. Hamdan Husain, kepakaran yang FRIM miliki menjadikan ia sebagai tempat rujukan dalam dan luar negara sama ada pihak industri, agensi kerajaan, instituai pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS berkaitan buluh dan hasil hutan bukan kayu.

Menurut Hamdan lagi, FRIM, telah berjaya mempelopori bidang kajian kultur tisu, dan teknik penanaman buluh untuk peladangan, selain turut menumpukan kajian terhadap sifat fizik dan mekanik buluh sehinggalah kepada pembangunan produk yang bernilai tambah tinggi serta mesra alam," katanya.

Sehingga kini pelbagai kejayaan FRIM telah dicatat dalam penyelidikan buluh. antaranya penghasilan bahan termaju berasaskan teknologi laminasi seperti pepapan lantai, komposit buluh berketumpatan tinggi, produk kraf dan sebagainya.

Menurut Mohd. Tamizi lagi, ,masih banyak lagi usaha perlu dilakukan dalam penyelidikan buluh khususnya mereka bentuk jentera penuai yang boleh menebang buluh secara efisien kerana setakat ini, kaedah penuaian masih lagi digunakan secara manual.

Ketika ini kajian lebih tertumpu kepada 12 spesies buluh yang mempunyai nilai komersial seperti buluh semantan dan buluh beting.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.