saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 22/09/2014

Kajian buluh tempatan

Buluh bukanlah sekadar lemang dan rebung, arang dan meriam kampung.

Masalahnya kita tidak begitu menghargai buluh ini meskipun sifatnya yang pelbagai guna.

Lebih malang, generasi muda tidak lagi mengenali pokok buluh sedangkan ia banyak terdapat di hutan kita.

Pada hari ini, menyedari kepentingan spesies tersebut, banyak pihak telah melihat buluh sebenarnya satu industri yang penting, boleh dikomersialkan untuk menjana kekayaan.

Banyak produk boleh dihasilkan daripada pokok itu tetapi kita perlu mengetahui sejauhmana penyelidikan kita dapat membantu industri buluh

Ini kerana , sumber tanaman buluh di negara ini dilaporkan berdepan cabaran kekurangan sumber bahan mentah.

Apa yang berlaku ketika ini ialah bekalan utama buluh diperoleh daripada hutan dan hanya tujuh peratus hutan kita adalah pokok tersebut.

Oleh itu, bagi memastikan adanya jaminan bahan mentah yang berterusan, program pengurusan yang tersusun buluh perlu di dirangka.

Program tersebut banyak diusahakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang mempelopori penyelidikan mengenai buluh tempatan.

Seperti mana dikongsi oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Latif Mohmod, penyelidikan buluh di Malaysia telah lama matang.

Bagaimanapun kata Abdul Latif, kesungguhan perlu digerakkan untuk menggabungkan beberapa agensi dan kementerian bagi memastikan satu mekanisme yang padat dan bersepadu dan menterjemahkannya kepada bentuk industri dan komoditi.

“Buluh dan potensi kegunaannya mampu memecahkan tradisi pergantungan sumber kayu khususnya daripada sumber asli.

“Kekuatan, sifat kejuruteraan, kebolehan untuk matang dan dipakai guna dalam masa singkat lagi mesra alam adalah satu petanda bahawa ia adalah sumber bahan masa hadapan yang perlu dikembang dan terokai.

“Ia bagi memastikan Malaysia tetap terus melestarikan alam sekitarnya tanpa perlu mengorbankan secara drastik sumber-sumber sedia ada,’’ kata beliau.

Abdul Latif berkata, kajian buluh tempatan yang dipelopori oleh FRIM sejak 1985, boleh dipelbagaikan kegunaannya, bukan setakat penghasilan bahan bernilai tambah tinggi seperti lelantai, komposit dan komponen peralatan eletronik.

Sebaliknya ia juga sebagai sumber bahan makanan seperti rebung yang menjadi antara makanan tradisi penduduk tempatan khususnya Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan China.

Sementara itu Pegawai Penyelidik, Cawangan Pengurusan Hutan Ladang, Bahagian Bioteknologi Perhutanan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Abd. Razak Othman berkata penyelidikan dan pembangunan (mengenai pengkomersialan) buluh di agensi terbabit dimulakan pada awal 1990-an.

“Kajian pembiakan buluh dimulakan pada tahun tersebut dan ia berkaitan teknik pembaik biak, penanaman dan pengurusan tanaman.

“Kumpulan kami (FRIM) mengenal pasti 12 spesies yang popular boleh dikomersialkan ,’’katanya.

Kaedah pembiakan itu merujuk pembaik baka tanaman buluh khususnya 12 spesies yang boleh dikomersialkan menerusi teknik pembiakan, penjagaan di nurseri dan mewujudkan ladang buluh.

Bagaimanapun menurut beliau, masalah tumbul ekoran kesukaran memperoleh bahan tanaman dan kawasan penanaman (biji benih buluh) dan ia menjadi punca industri tersebut di negara ini agak terjejas.

Dalam pada itu setengah pengusaha buluh seperti di Perlis pula menanam buluh madu untuk komersial kerana memandangkan pokok berkenaan semakin popular menjana industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya penghasilan rebung.

Bagaimanapun sebelum memulakan projek ladang buluh, beberapa aspek penting yang perlu diambil kira ialah:

-Pemilihan spesies buluh dan penyediaan bahan tanaman buluh berkenaan

-Penanam dan penubuhan ladang

-Pengurusan ladang buluh untuk pengeluaran batang dan rebungnya

-Pemungutan hasil

Menurut Abdul Razak, hasil kajian FRIM, pihaknya telah memperoleh kaedah atau protokol untuk menghasilkan benih kultur tisu buluh beting.

Oleh itu antara kaedah pembiakan tampang yang dikenal pasti yang selalu digunakan ialah dengan kaedah keratan rizom atau akar, keratan dahan serta keratan batang selain penggunaan kultur tisu.

Bagi menanam pokok buluh, spesies yang sesuai perlu digunakan di mana spesies yang( iaitu jenis) berdinding tebal seperti buluh beting, semantan, dan betung ditanam bagi menghasilkan produk bermutu tinggi seperti panel dan pepapan.

Tidak semua jenis buluh rebungnya boleh dimakan dan di antara spesies buluh yang popular rebungnya ialah buluh madu, tumpat, beting, betung dan aur.

Berdasarkan pengalaman FRIM, jangka masa penanaman buluh melibatkan tempoh 15 tahun bagi keluasan 500 ekar.)

Secara amnya, projek ladang tersebut menguntungkan pengusaha.

Beliau berkata terdapat dua corak pertumbuhan buluh.

Pertamanya di kawasan temperate atau iklim sederhana terdiri daripada buluh monopodial di mana buluh tumbuh tunggal.

Satu lagi corak pertumbuhan adalah buluh di kawasan tropika pula terdiri daripada simpodial iaitu pertumbuhan berumpun.

Bagi iklim sederhana, buluh berkenaan dikenali sebagai buluh monopodial iaitu tumbuh sebatang manakala buluh di kawasan tropika dikenali sebagai simpodial iaitu tumbuh serumpun).

Terdapat juga corak pertubuhan di antara kedua-duanya tetapi agak jarang ditemui.

Satu daripada sifat buluh yang agak unik ialah pokok berkenaan (menunjukkan) akan mati sekiranya telah mula berbunga.

Kebanyakan buluh tumbuh selepas hutan dibalak dan pertumbuhannya amat pantas . Malah buluh boleh hidup sehingga 100 tahun.

Dengan jangka hayat yang agak lama itu, industri buluh sepatutnya memberi pulangan lumayan kepada pengusaha yang berminat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.