saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 21/09/2014

Penyelidik UTM jumpa bakteria musnah halogen

FAKULTI Biosains dan Kejuruteraan Perubatan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor dalam usaha menjalankan kajian terhadap enzim dehalogenase, telah menemui bakteria yang mampu menguraikan bahan berhalogen.

Kajian terhadap enzim dehalogenase telah mendapat perhatian dari banyak pihak memandangkan kehadiran enzim ini sangat penting dalam menyingkirkan atom halogen. Kajian ini sangat penting kerana enzim tersebut dapat menyingkirkan atom halogen yang ada dalam kandungan racun herba seperti Dalapon, Glyphosate dan Buster. Racun herba tersebut adalah antara penyumbang utama ke arah pencemaran persekitaran kerana sifatnya yang agak sukar untuk diuraikan.

Kumpulan penyelidik dari Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan memfokuskan kajian mereka kepada potensi enzim dehalogenase untuk bertindak ke atas ion halide yang terletak pada karbon nombor tiga, iaitu asid 3-kloropropionik. Sebelum ini, asid 3-kloropropionik agak tahan terhadap serangan dehalogenase dan sukar diurai.

Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, Professor Madya Dr Fahrul Zaman Huyop yang mengetuai kumpulan penyelidik tersebut berkata bahawa penemuan tersebut berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beliau bersama rakan penyelidiknya tentang enzim tersebut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, bahan berklorin yang sebelum ini sukar diurai kini telah menjadi sumber karbon bagi sebahagian mikroorganisma untuk menampung tumbesaran mereka.

Penemuan ini sangat berguna kerana mikroorganisma ini dapat dieksploitasi untuk mengatasi masalah pencemaran melalui proses bioremediasi, satu proses yang lebih selamat untuk alam sekitar.

“Untuk masa ini, kami menumpukan kajian terhadap struktur dan fungsi dehalogenase dari Rhizobium sp. menggunakan kaedah in siliko dan site-directed mutagenesis" katanya.

Kajian ini dijalankan oleh Dr Fahrul dengan kerjasama Dr Roswanira Ab Wahab, seorang ahli kimia protein yang membantu dalam memahami asas mekanisma tindakan enzim.

Kaedah in siliko digunakan dalam menentukan stereospesifik enzim. Ia melibatkan persembahan pada komputer atau melalui simulasi komputer untuk menganalisis struktur dan fungsi protein.

Site-directed mutagenesis digunakan untuk memutasi dehalogenase yang telah diasingkan dari Rhizobium sp RC1 supaya enzim tersebut dapat bertindak ke atas asid 3-kloropropionik. Kajian ini telah dilaksanakan oleh salah seorang pelajar PhD beliau.

Site-directed mutagenesis adalah satu kaedah untuk membuat sebarang perubahan pada urutan DNA. Melalui kaedah itu, elemen yang terlibat dalam interaksi fungsi sellular dapat dikenal pasti. Tambahan pula, site-directed mutagenesis turut digunakan untuk mengubah kekhususan enzim. Sebagai contoh, enzim yang asalnya stereospesifik boleh diubah kepada non-stereospesifik.

“Pada masa hadapan, kami akan menghablurkan protein tersebut. Langkah ini dapat membantu dalam menjawab pelbagai soalan berkaitan kaedah in siliko" tambah lagi.

Dr Fahrul dengan bantuan Dr Mohd Shahir Shamsir, seorang pensyarah Bioinformatik di UTM telah memulakan penyelidikan in siliko terhadap spesifisiti enzim tersebut.

Dr Fahrul ialah salah seorang ahli BioMolecular and Microbial Process Research Group (BIOMIP). BIOMIP adalah antara kumpulan kajian di bawah Biotechnology Research Alliance.

Di bawah pimpinan Professor Dr. Rosli Md Illias, kumpulan kajian ini memfokuskan kepada pembangunan, rekaan dan aplikasi enzim sebagai pemangkin dan penggunaan mikroorganisma dalam proses biotransformasi.

Kumpulan kajian ini mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan genetik, kejuruteraan protein, biokimia, mikrobiologi, biologi komputer, rekacipta bioreaktor dan kejuruteraan bioproses. Mereka telah menjalankan kajian dalam biotransformasi, ekspresi dan penghasilan protein, biopemangkin dan fungsi struktur protein yang amat bernilai dalam sektor industri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.