saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 15/09/2014

Basuh guna mesin

Juruteknik memulakan kerja membangunkan mesin.

MAKANAN yang berunsurkan sayuran sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pelbagai khasiat yang boleh didapati dalam sayuran-sayuran menjadikan ia antara makanan yang digemari tidak kira dari kalangan orang dewasa atau kanak-kanak.

Sayur-sayuran tidak hanya dijadikan sebagai bahan tambahan dalam masakan sebaliknya pelbagai menu bertemakan sayur-sayuran sebagai bahan utama telah direka.

Di Malaysia, terutamanya bangsa Melayu tidak hanya menggunakan sayur untuk dimasak tetapi juga menggunakan sayur-sayuran sebagai ulam-ulaman.

Bagi peniaga yang menjual makanan berlauk sebagai menu utama, penyajian yang bersih semestinya menjadi keutamaan bagi peniaga.

Proses pencucian sayur bagi peniaga kedai memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk memastikan sayur dibasuh dengan betul dan bersih sebelum dimasak atau dihidangkan kepada pelanggan.

Peniaga yang gagal untuk menjaga kebersihan setiap makanan yang dihidangkan kepada pelanggan boleh menyebabkan berlakunya penyakit keracunan makanan sehingga boleh membawa maut kepada pembeli.

Buah-buahan pula sememangnya sudah menjadi antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Oleh itu, kualiti buah-buahan yang segar dan bersih semestinya menjadi keutamaan pembeli. Peniaga pula perlu memastikan buah-buahan yang dijual mempunyai kualiti yang tinggi.

Melalui bantuan mesin mencuci sayur dan buah-buahan keluaran Zull Design Autotronic (ZDA) ini proses mencuci sayur dan buah-buahan akan menjadi mudah sekali gus dapat menjimatkan masa pencucian.

Antara sayur-sayuran yang boleh dibasuh menggunakan mesin mencuci ini antaranya ialah tomato, timun, lobak, atau terung.

Untuk buah-buahan pula, mesin ini boleh digunakan untuk membasuh buah-buahan seperti epal, anggur dan sebagainya.

Peniaga juga tidak perlu menggunakan tenaga kerja yang ramai untuk melakukan kerja mencuci sayur dan buah - buahan.

Tambahan pula, mesin ini berkemampuan untuk membasuh sayur dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak tanpa merosakkan kualiti sayur dan buah-buahan yang dibasuh.

Selain itu, mesin ini juga berkebolehan untuk mengeringkan sayur dan buah-buahan selepas dibersihkan, dengan kebolehan ini kualiti sayur dan buah-buahan akan terjaga dan dapat bertahan lebih lama dari sayur dan buah-buahan yang dibiarkan basah.

Pembeli juga tidak lagi perlu untuk merasa was-was akan kebersihan masakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual luar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.