saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 15/09/2014

Oleh LAUPA JUNUS

Jadikan bidang sains menyeronokkan

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Lebai Juri (duduk tengah) bersama barisan pegawai agensi terbabit bergambar bersama peserta program Perkhemahan 3V di Bangi baru-baru ini.

Hubungan antara kemakmuran ekonomi dan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi telah terbukti di negara-negara maju

seperti Eropah, Amerika, Jepun dan Korea.

Negara-negara tersebut telah lama serius memasyarakatkan sains dalam melahirkan generasi saintifik.

Dalam usaha Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, ilmu merupakan faktor penggerak utama pertumbuhan ekonomi, penciptaan nilai baru dan menjadi asas untuk memastikan Malaysia berdaya saing dalam arena global.

Sumber manusia merupakan faktor terpenting untuk mengeluar dan mengeksploitasikan idea-idea baru, mencipta dan menghasilkan inovasi.

Oleh itu, negara memerlukan lebih ramai saintis dalam pelbagai bidang untuk mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi mencapai maksud tersebut.

Menurut Profesor Shirikawa Hedeki, proses melahirkan saintis unggul bermula daripada tadika, melalui sekolah rendah, ekolah menengah dan universiti.

Dalam erti kata lain, pendidikan sains merupakan proses asuhan yang bermula daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

Jika dilihat dalam konteks tersebut bermakna keluarga, sekolah dan institusi pengajian tinggi mempunyai peranan untuk membina sebuah masyarakat saintifik yang memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi.

Mengambil semangat ungkapan Veni, Vidi, Vici daripada Julius Caesar, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia telah menganjurkan beberapa siri Program Perkhemahan 3V yang menggunakan nama tersebut melibatkan pejalar sekolah seluruh negara.

Veni Vidi, Vici (3V) berasal dari bahasa Latin yang di laungkan oleh Maharaja Rom tersebut yang bermaksud Saya datang, saya melihat, saya menang/menakluk maka pelajar diharap dapat memahami teknologi nuklear menerusi pengisian program.

Pengisiannya termasuk perkhemahan selama tiga hari dua malam selain menjalankan eksperimen sains di makmal Nuklear Malaysia dan dipertandingkan antara kumpulan peserta yang dibentuk.

Pengurus Unit Komunikasi Korporat Nuklear Malaysia, Hasfazilah Hassan berkata, asas ungkapan tersebut diterap dalam perkhemahan melibatkan pelajar untuk melihat dan melakukan sendiri aktiviti dan pertandingan yang berbentuk hands-on.

“Oleh itu pelajar dapat memahami dan menguasai konsep kepentingan nuklear dalam kehidupan.

Mudah-mudahan mereka menguasai sedikit sebanyak ilmu berkaitan teknologi nuklear,’’ ujarnya.

Katanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Nuklear Malaysia untuk melaksana kan dua program iaitu Program Jelajah Ikon Saintis (JIS) dan Program Perkhemahan Nuklear Veni, Vidi, Vici itu.

Bagi program JIS, pengisian program adalah berbentuk sesi perkongsian ilmu secara bersemuka antara saintis terpilih daripada kalangan pensyarah universiti dan pegawai penyelidik Nuklear Malaysia.

Mereka terdiri daripada pelbagai bidang sains dan teknologi (S&T) yang dibawa khas ke sekolah untuk berkongsi 3P iaitu penyelidikan, pengetahuan dan pengalaman.

Hasfazilah memberitahu, program perkhemahan Nuklear 3V telah diadakan beberapa siri dan yang terbaharu pada 1 hingga 3 Jun lalu dan manakala yang terdekat pada 17 dan 19 September ini.

Pada Perkhemahan 3V yang diadakan baru-baru ini, majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan MOSTI, Lailah Che Mohd. Darus.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Muhd. Noor Muhd Yunus; Timbalan Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan MOSTI, Zalaludin Abdullah dan Penyelaras Program Perkhemahan Nuklear 3V 2014, Iberahim Ali.

Program tersebut menurut Hasfazilah mendapat respons positif daripada peserta, terutamanya dalam kalangan guru yang menganggap program tersebut sebagai refresher course terutamanya untuk subjek fizik.

“Oleh itu Perkhemahan 3V wajar diteruskan bagi membolehkan lebih ramai pelajar dan guru mendapat pendedahan secara langsung mengenai R&D dalam bidang nuklear,’’ ujarnya.

Program sepanjang tiga hari itu melibatkan 20 buah sekolah terpilih di seluruh negara dan antara inti pati utama program tersebut adalah pertandingan eksperimen.

Kata Hasfazilah, menerusi aktiviti perkhemahan, ia memberi peluang kepada guru dan pelajar melihat kemudahan yang ada yang berkaitan teknologi nuklear serta menjalankan eksperimen dengan bimbingan saintis agensi berkenaan.

Cara tersebut merupakan strategi dan pendekatan paling berkesan menyemai minat pelajar dalam bidang sains khususnya nuklear.

Pelajar juga berpeluang menjalankan eksperimen bersama saintis nuklear, membuat persembahan berdasarkan eksperimen, melawat loji kemudahan Sinagama dan Alurtron, menguji minda dengan aktiviti sains.

Di samping itu, pelajar dan guru dapat membina persahabatan baru bersama sekolah-sekolah dari seluruh negara.

Katanya lagi, objektif program adalah untuk memperkenalkan dan menyebarkan subjek sains dan teknologi nuklear melalui pembelajaran luar kelas.

Program tersebut juga bermatlamat membina keyakinan dan kepercayaan pelajar dan guru sains tentang keselamatan teknologi nuklear dan memberi pendedahan penggunaan serta sumbangannya dalam kehidupan seharian.

Ia juga merupakan program yang boleh memotivasi dan menggalakkan pelajar memilih bidang sains nuklear di peringkat lebih tinggi.

Pada masa akan datang, Nuklear Malaysia berharap dapat mengadakan aktiviti kesedaran awam berkenaan teknologi nuklear khas dalam kalangan guru-guru dan pendidik.

Ini kerana pelajar sekolah sangat cenderung untuk mendengar dan mudah menerima penjelasan daripada guru-guru sendiri berbanding pihak lain.

Aktiviti tersebut mampu menerapkan persepsi yang positif terhadap teknologi nuklear di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.