saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 15/09/2014

Inovasi jam matahari

Jam matahari adalah peralatan untuk menentukan masa di siang hari berdasarkan kedudukan matahari.

Masa yang ditentukan oleh Jam Matahari kadang kala sedikit berbeza dengan jam sebenar ini disebabkan orbit bumi adalah tidak betul-betul bulat (elips).

Untuk membina jam matahari seseorang itu perlu tahu di mana kedudukan atau latitud jam matahari tersebut yang ingin dibina sebagai contoh latitud di Pulau Langkawi ialah 6.35U.

Pada asasnya Jam matahari biasanya mempunyai Gnomon iaitu objek yang menghasilkan bayang-bayang dan dial plate atau permukaan yang bayang-bayang jatuh padanya .

Permukaan satah ini mempunyai pelbagai bentuk seperti sfera, selinder, kon dan lain-lain lagi.

Masa pada jjam matahari ditentukan oleh bayang-bayang matahari yang jatuh pada dial plate.

Fungsi Garisan Jam pula yang terdapat pada dial plate ialah bagi menentukan masa.

Jam matahari merupakan peralatan tertua digunakan untuk menentukan masa.

Tamadun Mesir Purba dan Babylon dipercayai adalah yang terawal menggunakan jam matahari kira-kira 3500 Sebelum Masehi (SM).

Jam Matahari tertua di Asia dan dunia telah dijumpai di Mesir. Tamadun-tamadun yang hebat pada masa lampau telah membina pelbagai jenis dan bentuk jam matahari bagi menentukan masa.

Selain menentukan masa jam matahari juga dapat menentukan kedudukan bintang-bintang tertentu dan juga dapat menentukan arah.

Pada zaman kegemilangan tamadun Islam lampau, mereka telah membina pelbagai jenis jam matahari dengan pelbagai tujuan seperti bagi menentukan masa dan menentukan waktu solat.

Walaupun zaman telah berubah, pada masa kini jam matahari masih dibina oleh negara-negara maju seperti di tempat awam bagi memudahkan orang ramai menentukan masa dan juga sebagai tarikan kepada pelancong.

Setiap hari matahari terbit dari arah timur, dan terbenam di arah barat. Matahari mengambil masa kira-kira 24 jam untuk sampai dari kedudukan tengah hari ke kedudukan tengah hari pada hari berikutnya.

Kedudukan matahari terbit dan terbenam juga adalah berbeza sepanjang tahun begitu juga masa matahari terbit dan terbenam juga berbeza sepanjang tahun.

Pergerakan dan perubahan matahari di langit ini dikenali sebagai Gerakan Ketara Matahari.

Fenomena tersebut juga bermakna perubahan dalam kedudukan matahari dengan mengambil kira kepada bintang-bintang yang dikenali sebagai zodiak iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius, Capricornus, Aquarius dan Pisces.

Matahari seolah-olah kelihatan bergerak dalam bulatan antara Zodiak pada setiap tahun.

Pergerakan matahari pada bulatan tersebut di sfera cakerawala dipanggil ekliptik.

Dengan berpandukan pergerakan matahari ini, masyarakat pada zaman lampau telah membina jam matahari bagi menentukan masa. Jam matahari juga dapat menentukan buruj Zodiak.

Pembetulan Persamaan Masa

Orbit bumi adalah tidak betul-betul bulat. Oleh itu masa yang ditentukan oleh jam matahari kadang kala sedikit berbeza dengan jam sebenar.

Pembetulan masa pada jam matahari dikenali sebagai pembetulan persamaan masa.

Pembetulan ini universal dan tidak bergantung kepada latitud jam matahari.

Walaubagaimanapun ia boleh berubah dalam jangka masa panjang, abad atau lebih.

Untuk membaca jam matahari lama perlu menggunakan persamaan masa pada masa kini kerana graf yang dibuat pada abad yang lepas sudah tidak betul.

Sesetengah jam matahari diletakkan plak yang mengandungi persamaan masa bagi memberikan bacaan yang lebih tepat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.