saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 08/09/2014

Hasilkan kuih cara mudah

ZULL Design sentiasa mengutamakan kualiti dalam pembangunan mesin. -Gambar hiasan .

Pada siri kali ini, Zull Design Autotronic (ZDA) menampilkan mesin penekan pelbagai jenis, yang

boleh menghasilkan banyak jenis kuih mengikut saiz dan bentuk yang diingini.

Mesin tersebut boleh digunakan untuk menerap atau membentuk kuih.

Setakat ini, jenis kuih yang pernah dihasilkan menggunakan mesin ini ialah kuih semperit, kuit tat gulung, kuih terap dan pembentuk inti kuih tat.

Mesin tersebut tercipta apabila terdapat pelanggan yang datang dan mengutarakan masalah yang dihadapi kepada ZDA.

Antara masalahnya ialah masalah pekerja, tidak dapat menampung permintaan yang begitu banyak terutamanya pada musim perayaan dan kesukaran mendapatkan kualiti kuih yang sama.

Oleh itu, setelah meneliti masalah tersebut, ZDA telah mereka cipta sebuah mesin yang dinamakan sebagai penekan kuih pelbagai.

Kelebihan mesin tersebut dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengusaha kuih .

Antaranya dapat menghasilkan kuih yang lebih banyak sekali gus dapat menampung permintaan dan menghasilkan kuih yang mempunyai hasil dan saiz yang sama.

Setelah dibuat perbandingan, penghasilan kuih secara manual hanya mampu memperoleh 100 kuih semperit dalam satu jam.

Dengan penggunaan mesin, kapasiti seharian bertambah kepada 300 kuih semperit dalam masa satu jam.

Kapasiti juga bergantung kepada kecekapan pengusaha menggunakan mesin tersebut.

Oleh itu, secara tidak langsung, pengusaha dapat menambah kapasiti kuih dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Para pengusaha juga tidak perlu bimbang berkenaan cara penjagaan mesin tersebut yang mudah dan ringkas.

Cara pengendaliannya juga senang dan memudahkan pengusaha.

Mesin ini dilengkapi set kompresor dan amat mudah untuk menjaganya.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku masalah pada mesin atau kompresor tersebut, pengusaha boleh menghubungi pejabat dan memberitahu masalah yang dihadapi.

Kami akan memberikan khidmat yang terbaik untuk membantu para pengusaha. Oleh itu, mesin ini amat membantu dalam penghasilan pelbagai kuih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.