saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 08/09/2014

Melahirkan pakar proses makanan

Lawatan Pelajar dari Kazakhtan ke Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan.

Teknologi pemprosesan makanan dan pertanian semakin berkembang didorong oleh pertambahan populasi dan juga gaya pemakanan.

Penghasilan makanan yang lebih pantas, bersih dan selamat juga menjadi sebab mengapa industri makanan berkembang yang seterusnya menjadi pemangkin kepada tercetusnya bidang kejuruteraan berkaitan terutama penghasilan mesin dan rekabentuk loji.

Meskipun bidang ini bukan baharu tetapi muncul dan menjadi semakin menonjol sejak beberapa tahun kebelakangan.

Pada masa sama, kemunculan industri kecil dan sederhana (IKS) juga seakan selari dengan keperluan kepada makanan yang dihasilkan menggunakan mesin.

Bidang kejuruteraan pemprosesan pertanian dan makanan di Malaysia sebenarnya sudah mula diasaskan sejak tahun 1993 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof Madya Dr. Yus Aniza Yusof, universiti terbabit merupakan satu-satunya yang menawarkan program pengajian berlandaskan bidang kejuruteraan pemprosesan pertanian dan makanan di negara ini.

Program yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan (Proses dan Makanan) telah diiktiraf Lembaga Jurutera Malaysia.

Pengiktirafan ini memberi kelebihan kepada graduan dari program ini untuk mempersiapkan diri bagi mendapat pengiktirafan jurutera professional (Ir.)

“Program pengajian ini telah mula diasaskan oleh pensyarah UPM, Prof. Madya Dr. Mohd. Nordin Ibrahim sejak 1996,’’ katanya ketika ditemui di Serdang baru-baru ini.

Yang turut hadir adalah Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Dr. Rosnita A. Talib, Dr. Nur ‘Aliaa Abd. Rahman, Prof Madya Ir. Dr. Chin Nyuk Ling dan Prof. Madya Ir. Dr. Johari Endan.

Terletak di kompleks kejuruteraan di kampus utama UPM, jabatan tersebut telah berkembang maju saban tahun sejak ditubuhkan pada 1996 dengan menawarkan pendidikan dan latihan kepada pelajar dalam program pengajian Kejuruteraan Proses dan Makanan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

Menurut beliau, sumber makanan sangat penting kepada manusia dan bekalan makanan di dunia dipengaruhi oleh faktor musim atau cuaca.

Oleh itu, keperluan untuk memproses dan mengawet hasil pertanian dan barangan makanan dalam kuantiti yang besar memerlukan aplikasi kejuruteraan agar produk pertanian dan makanan yang berkualiti dan sihat dapat dibekalkan kepada pengguna melalui pemprosesan yang efektif dan efisien selain dapat menambah nilai produk pertanian dan makanan itu sendiri.

“Di sinilah jurutera yang berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan pemprosesan makanan diperlukan oleh industri.

“Jurutera yang dilahirkan oleh program pengajian ini dapat berkhidmat dalam industri perkilangan dalam pemprosesan makanan dan bahan bio. Ini termasuk kilang pemprosesan dan penapisan minyak kelapa sawit, pemprosesan beras, serta produk makanan dan minuman,’’ujarnya.

Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran jurutera yang lahir dari program pengajian tersebut meliputi kejuruteraan pemprosesan bahan pertanian dan biologi untuk menghasilkan bahan asas dan produk makanan hinggalah kepada pembungkusan produk makanan.

Kurikulum program pengajian tersebut dirangka berdasarkan keperluan teknikal untuk industri pemprosesan pertanian dan makanan.

Menurut beliau, ketika ini terdapat dua pilihan yang ditawarkan dalam program ini bagi pengkhususan iaitu kejuruteraan makanan dan kejuruteraan pemprosesan bio-bahan.

Kursus elektif teknikal juga ditawarkan seperti sistem pemprosesan termaju, teknologi farmaseutikal, teknologi penyemperitan makanan, kejuruteraan proses mikrob, teknologi serbuk, pemprosesan beras, dan pemprosesan minyak kelapa sawit.

Jabatan tersebut juga menawarkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam empat bidang iaitu kejuruteraan makanan, kejuruteraan proses pertanian, kejuruteraan bioproses, dan kejuruteraan pembungkusan.

Sejajar dengan matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, kurikulum bagi program ini telah dirangka dengan teliti sejak permulaan lagi iaitu 20 tahun dahulu.

Sasarannya ialah kepada bidang pemprosesan pertanian dan makanan supaya dapat membantu mengembangkan industri perkilangan bahan pertanian dan makanan serta industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.