saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 01/09/2014

Mesin untuk pengusaha IKS

Pada edisi kali ini pihak Zull Design Autotronic (ZDA) telah mengeluarkan sebuah mesin baharu yang memudahkan pengusaha dan melancarkan lagi proses membuat kerja.

Mesin tersebut ialah mesin pengetat penutup botol (capping).

Pengusaha yang menggunakan mesin ini ialah Syarikat QAF Global Trading Sdn.Bhd. yang merupakan pengusaha Jus Zaa’faran.

Syarikat terbabit menggunakan mesin tersebut bagi memudahkan proses mengetat penutup botol dengan lebih cepat dan mudah

berbanding proses manual yang agak sukar, lambat dan boleh menyakitkan tangan.

Setelah diteliti masalah dan membuat perbandingan, proses ini amat mengambil masa.

Selain itu, mesin berkenaan mudah dikendalikan iaitu dengan hanya meletakkan botol dan memulas penutup botol menggunakan mesin tersebut.

Oleh itu, penggunaan mesin bukan sahaja menjimatkan masa, malah secara tidak langsung, pengusaha dapat meningkatkan penghasilan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Tambahan pula, mesin tersebut juga direka cipta mengikut kesesuaian dan spesifikasi pelanggan.

Mesin tersebut juga boleh dibawa ke mana sahaja dan ringan.

Pelanggan boleh memberi idea sama ada memerlukan mesin separa automatik atau sepenuhnya automatik mengikut bajet mereka.

Proses menutup botol memang senang diuruskan, namun apa yang merumitkan ialah apabila botol yang ingin ditutup dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang singkat.

Masalah inilah yang sering diahadapi oleh pengusaha air minuman yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.