saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 28/09/2014

Takraw semakin lesu

SEPERTI semua sedia maklum, sukan sepak takraw moden dengan corak yang dimainkan pada masa ini dicipta oleh rakyat Malaysia iaitu Abdul Hamid bin Mydin @ Hamid Maidin yang juga mengasaskan Persatuan Sepak Raga Jaring Malaysia.

Malaysia juga negara yang memperkenalkan dan mempromosikan sukan sepak takraw moden ini sehingga menjadi satu sukan yang popular di rantau Asia. Dari 1970-an hingga awal 1990-an, pasukan sepak takraw Malaysia amat disegani dan merupakan yang terbaik di dunia.

Namun, entah di mana silapnya, prestasi pasukan negara semakin merosot sedangkan permainan ini dipelopori dan dipopularkan oleh Malaysia. Usahkan menyaingi Thailand, hendak mengalahkan Indonesia dan Korea Selatan pun belum pasti.

Pancawarna minggu ini melihat perkembangan sepak takraw serta isu kepimpinan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

MALAYSIA merupakan satu nama yang cukuh gah dalam permainan sepak takraw sejak pertama kali sukan ini dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu di Sukan SEAP 1965 sehingga awal 1990-an.

Dalam tempoh itu terutamanya sehingga 1983, pasukan Malaysia begitu dominan sehingga menyapu pingat emas di semua Sukan SEAP dan Sukan SEA kecuali Sukan SEAP 1967 di Bangkok, Thailand yang mana Malaysia hanya menang pingat perak dan Sukan SEAP 1969 di Rangoon, Myanmar kerana acara itu tidak dipertandingkan.

Selepas itu, Thailand mula menunjukkan peningkatan memberikan saingat hebat kepada Malaysia tetapi pasukan kebangsaan kembali memenangi pingat emas bagi kedua-dua cara berpasukan dan antara regu di Sukan SEA Manila, Filipina pada 1995. Itu merupakan kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam acara berpasukan.

Malaysia juga memenangi dua pingat emas di Sukan Asia 1990 di Beijing, China dan satu pingat emas di Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun yang menjadi pingat emas terakhir dimenangi pasukan negara di Sukan Asia.

Kuasa baharu

Bermula pertengahan 1990-an, Thailand muncul sebagai kuasa besar baharu sepak takraw sehingga berjaya membolot semua pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA dan Sukan Asia. Thailand hanya kehilangan satu pingat emas acara antara regu kepada Malaysia di Sukan SEA 2005 di Manila.

Era awal 2002 menyaksikan kemerosotan pasukan sepak takraw negara. Bukan sahaja gagal menyaingi Thailand, malah Malaysia sudah mula tewas kepada pasukan-pasukan yang dulu dianggap belasahan seperti Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar dan Korea Selatan.

Terbaharu di Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan yang sedang berlangsung, pasukan negara sekadar meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan selepas tewas kepada Thailand di peringkat separuh akhir, walaupun PSM menyasarkan pingat emas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.