saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 10/07/2014

Anugerah Piala Dunia

ANUGERAH ini diberi kepada pemain paling menonjol, memberi pengaruh besar serta cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia.

Sejak beberapa tahun lalu, penerima anugerah ini merupakan nama-nama besar yang sememangnya memberi impak kepada pasukan mereka.

Bagi edisi 2014, nama bintang muda Colombia, James Rodriguez, 23, antara yang menjadi sebutan.

Pemain tengah Monaco ini bukan saja memiliki keupayaan meledak gol, malah mencipta gerakan menarik buat rakan sepasukan.

Rodriguez yang membantu Colombia layak ke suku akhir buat kali pertama bagaimanapun bakal bersaing sengit dengan bintang-bintang besar yang sudahpun menempa nama seperti Lionel Messi (Argentina), Thomas Mueller (Jerman), Arjen Robben (Belanda) dan Karim Benzema dari Perancis.

Pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, anugerah tersebut milik penyerang Uruguay, Diego Forlan.

Zinedine Zidane, Ronaldo, Romario, Diego Maradona dan Oliver Kahn antara legenda yang pernah menerima anugerah berprestij itu.

SELAIN menjadi calon Pemain Terbaik Piala Dunia, enam gol yang diledak James Rodriguez meletakkan namanya sebagai calon utama untuk menerima anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak.

Begitupun penerima anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2010, Thomas Mueller yang memiliki lima gol setakat ini mampu mengejar kerana masih mempunyai satu perlawanan untuk diharungi selepas membantu Jerman mara ke final. Bintang Argentina, Lionel Messi pula mengumpul empat gol.

ANUGERAH ini diberi kepada penjaga gol terbaik sepanjang Piala Dunia.

Iker Casillas menjadi pemenang empat tahun lalu selepas menjaga gawang dengan cemerlang ketika membantu Sepanyol muncul juara buat kali pertama.

Di Brazil, ada beberapa penjaga gol yang mempamer persembahan cemerlang, menjadikan persaingan merebut Sarung Tangan Emas sangat sengit.

Namun, kejayaan membawa Jerman ke final meletakkan Manuel Neuer sebagai calon utama. Dia akan disaingi oleh David Ospina (Colombia), Keylor Navas (Costa Rica), Guillermo Ochoa (Mexico), Sergio Romeo (Argentina) dan Tim Howard dari Amerika Syarikat.

PASUKAN dengan rekod disiplin paling rendah akan menerima anugerah Permainan Bersih atau Fair Play. Namun, hanya negara yang berjaya menempatkan diri ke peringkat kalah mati, layak dinobat sebagai pemenang.

Pada 2010, Sepanyol bukan saja pulang bersama kejuaraan, malah menjadi pasukan paling kurang melakukan kesalahan.

Jerman yang belum mengutip kad merah dan hanya menerima empat kad kuning daripada enam perlawanan menjadi calon utama pemenang, selain Colombia dan Argentina yang hanya memiliki lima kad kuning daripada lima perlawanan.

CALON anugerah ini mesti dilahirkan pada atau selepas 1 Januari, 1993.

Terdapat beberapa pencalonan sebelum kejohanan bermula, namun selepas saingan memasuki peringkat kalah mati hanya segelintir pemain sempat menonjolkan diri setelah pasukan yang diwakili oleh pesaing mereka tersingkir awal.

Bintang tengah Perancis, Paul Pogba, 21, mengetuai senarai teratas calon Pemain Harapan 2014 atas sumbangan besar yang diberikan ketika membawa Les Bleus mara ke suku akhir.

Turut menjadi tumpuan adalah dua pemain Belanda, Divock Origi dan Memphis Depay, selain Juan Quintero dari Colombia.

Gandingan Jerman, Julian Draxler serta Matthias Ginter berpeluang menjadi pemenang sekiranya berjaya mencipta impak andai diberi kepercayaan beraksi dalam perlawanan akhir, 14 Julai ini.

PADA ketika Piala Dunia kian menghampiri kemuncak, tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia tidak hanya terarah kepada siapa bakal dinobat selaku juara edisi 2014, tetapi juga siapa akan pulang bersama anugerah-anugerah yang mengiktiraf kehebatan pemain.

Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia, yang turut membawa pulang trofi Bola Emas paling mencuri tumpuan, selain anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak kejohanan.

Penjaring terbanyak

6 James Rodriguez (Colombia)

5 Thomas Mueller (Jerman)

4 Neymar (Brazil), Lionel Messi (Argentina)

3 Karim Benzema (Perancis), Arjen Robben (Belanda), Robin van Persie (Belanda), Enner Valencia (Ecuador), Xherdan Shaqiri (Switzerland), Andre Schuerrle (Jerman)

2 Memphis Depay (Belanda), Abdelmoumene Djabou (Algeria), Ivan Perisic (Croatia), Gervinho (Ivory Coast), Asamoah Gyan (Ghana), Islam Slimani (Algeria), Alexis Sanchez (Chile), David Luiz (Brazil), Tim Cahill (Australia), Wilfried Bony(Ivory Coast), Luis Suarez (Uruguay), Mario Mandzukic (Croatia), Jackson Martinez (Colombia), Andre Ayew (Ghana), Ahmed Musa (Nigeria), Mats Hummels (Jerman), Bryan Ruiz (Costa Rica), Clint Dempsey (USA), Toni Kroos (Jerman), Miroslav Klose (Jerman), Oscar (Brazil)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.