saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 10/05/2014

Sukan di sebalik topeng muka

ATLET sukan lawan pedang , Husnul Ariq Bakri (kanan) sedang berbincang mengenai prestasi latihan bersama rakan sepasukan, Syafiq Rizal di Bukit Jalil.

Mungkin ramai yang melihat sukan ini hanyalah sekadar permainan menghayunkan pedang di sebalik topeng muka, namun tahukah kamu bahawa sukan ini sebenarnya memerlukan kepantasan dalam berfikir, di samping ketangkasan dalam pergerakan.

Itulah sukan lawan pedang. Ia merupakan sejenis sukan yang memerlukan koordinasi di antara ketajaman berfikir, kepantasan pergerakan serta serangan dan pertahanan yang pantas seumpama kilat. Sukan ini boleh dikategorikan sebagai sejenis sukan lasak atas ciri-ciri pertahanan dan serangan yang memerlukan taktik dan strategi.

Umumnya, lawan pedang atau lebih dikenali sebagai fencing bermula sebagai sebuah latihan ketenteraan bersenjata yang merangkumi perbuatan memotong, menikam atau memukul secara langsung menggunakan tangan.

Secara asasnya, sukan ini terbahagi kepada tiga kategori senjata iaitu sabre, foil dan epee. Seiring dengan perkembangannya dalam dunia sukan, lawan pedang kini mementingkan ciri-ciri keselamatan apabila pemain perlu menggunakan topeng pelindung muka dan pelindung pada hujung pedang agar tidak mencederakan pihak lawan.

Husnul Ariq Bakri menyukai cabaran yang ada pada sukan lawan pedang.

Atlet lawan pedang negara, Husnul Ariq Bakri, 28, berkata, sukan ini memerlukan seseorang itu bijak dalam mengatur strategi untuk mengelirukan pihak lawan di samping kehebatan bermain pedang.

"Ia memerlukan gabungan kekuatan fizikal dan mental, barulah seseorang itu boleh menguasai permainan atau perlawanan. Bagi mereka yang sukakan keseronokan dan dalam masa yang sama inginkan cabaran, sukan ini adalah pilihan yang sesuai.

"Ini kerana ia bukan sahaja memerlukan tumpuan untuk menyerang pihak lawan, bahkan memerlukan kita memberi fokus 100 peratus pada diri sendiri bagi mengelak serangan, di samping mencipta strategi mencari kelemahan untuk menewaskan pihak lawan," katanya yang juga merupakan jurulatih lawan pedang di Kuala Lumpur Fencing Center (KLFC) yang terletak di Blok Boulevard, Lebuhraya Sprint, PJU 6A, Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, jika pemain tidak memberikan tumpuan pada perlawanan, maka matlamat utama permainan ini untuk mendapatkan mata akan gagal. Oleh itu, setiap pemain harus pandai mencari peluang untuk menyerang serta membaca dan menilai pihak lawan.

Apa yang uniknya mengenai sukan lasak ini adalah ia dapat mengubah cara pemikiran seseorang agar menjadi lebih berdisiplin dan lebih pantas dalam membuat keputusan yang tepat, selain membentuk strategi.

"Sukan lawan pedang ini juga bagus dalam menjaga kesihatan badan apabila ia melibatkan pergerakan yang memerlukan keanjalan dan fleksibiliti.

"Selain itu, sukan ini juga merupakan salah satu cabang untuk menambah kenalan daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya kerana peluang untuk menceburkan diri ke peringkat antarabangsa dalam bidang ini amat meluas," katanya.

Mohd Syafiq Rizal, 19, yang juga atlet sukan pedang berkata, sukan ini merupakan salah satu aktiviti kegemarannya pada waktu lapang kerana kelebihan dan keunikan yang ada padanya.

"Selain dapat memberi kecergasan kepada badan, ia juga membantu membuatkan pemikiran menjadi lebih aktif, selain dapat membina keyakinan diri yang tinggi.

"Tambahan lagi, sukan ini juga boleh diibaratkan sebagai satu seni mempertahankan diri yang klasik kerana ia merupakan salah satu sukan yang sering dimainkan oleh golongan elit suatu ketika dahulu," katanya. - FATIEHAH/ WAHIDA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.