saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 07/05/2014

RTM janji hidang terbaik

SEJAK 1974 atau ketika televisyen di Malaysia masih dalam siaran hitam putih, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah menghampakan peminat bola sepak tanah air dalam menyajikan siaran secara langsung pusingan akhir bola sepak Piala Dunia.

Kehadiran Piala Dunia Brazil 2014 mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini akan menyambung usaha gigih stesen TV percuma kerajaan ini demi jutaan peminat setianya walaupun terdapat stesen TV satelit berbayar yang memiliki hak siaran eksklusif semua perlawanan.

Wartawan Utusan Malaysia, ABDUL HAFIZ AHMAD dan jurugambar, ABDUL NAZIR MOHAMED menemu bual Pengarah Pemasaran dan Promosi RTM, Mohd. Roffee Mohamad dan Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Norliza Ali sempena lawatan pegawai kanan RTM ke ibu pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur, mengenai persiapan RTM menghadapi 'Demam Bola Sepak Dunia' 2014.

S - Berapa banyakkah siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2014 yang diperoleh RTM?

Mohd. Roffee: RTM memperoleh hak penyiaran 35 perlawanan Piala Dunia 2014 iaitu 24 daripadanya siaran langsung dan 11 lagi secara siaran tertunda. Perolehan ini berdasarkan sistem cabutan undi dengan stesen Astro.

Norliza: Namun yang istimewa kali ini ialah ketiga-tiga saluran TV RTM iaitu TV1, Tv2 dan TVi (TV Interaktif) akan menyiarkannya menurut jadual siaran yang ditetapkan dan mengambil kira pertandingannya yang turut memasuki bulan Ramadan.

S -Adakah perlawanan yang diperoleh RTM itu dijamin menepati cita rasa peminat bola sepak di tanah air?

Mohd. Rofee: RTM sudah menjadi penyiar tetap Piala Dunia sejak 1974 hingga 2010. Kami juga yakin dengan penggunaan siaran berdefinisi tinggi (HD) baharu RTM mampu memenuhi permintaan dan hasrat peminat tanah air yang cenderung kepada pasukan popular dunia seperti Brazil, England, Argentina, Sepanyol, Perancis, Portugal, Itali, Argentina, Korea Selatan dan Jepun.

Norliza: Kami juga diberikan kebenaran untuk menyiarkan detik menarik (highlight) beberapa perlawanan di luar siaran langsung itu. Siaran ulangan kami juga dijadualkan menurut kesesuaian waktu tontonan biasa orang ramai yang mungkin terlepas siaran langsungnya.

S - Berapakah kadar tontonan Piala Dunia yang dapat dijangkakan buat RTM memandangkan kini terdapatnya persaingan?

Mohd. Rofee: Siaran kami disasarkan kepada penonton TV yang tidak mampu melanggan siaran TV berbayar iaitu kira-kira tiga juta daripada 6.4 juta isi rumah. Menariknya siaran langsung RTM tetap dapat dinikmati walau dalam apa keadaan cuaca sekalipun. Itu mungkin kelebihan utama kami. Selain itu siaran RTM masih mampu meliputi 90 peratus kawasan seluruh Malaysia.

Norliza: Kajian awal kami terhadap tontonan bola sepak yang hanya berdasarkan siaran Liga Super Malaysia setiap Selasa dan Sabtu pun sudah mencapai antara 1.2 hingga 1.4 juta orang bagi RTM. Jadi bayangkan kalau Piala Dunia yang jauh lebih tinggi tarafnya ini disiarkan, angkanya pasti turut melonjak.

Bagaimana pula daripada segi persembahan RTM umpamanya siapakah pengulas tempatan sebelum siaran langsung itu?

Mohd. Rofee: Kami akan menampilkan pengulas berpengalaman seperti Abdullah Hashim di samping Azlan Mubin (bekas pemain sepaktakraw negara) dan artis, Fahrin Ahmad bagi previu perlawanan pilihan. Walau bagaimanapun, kami akan kekalkan ulasan asal selari perlawanannya dalam Bahasa Inggeris.

Norliza: Kami tidak dapat membuat alih suara ulasan dalam Bahasa Malaysia kerana masih ramai penonton RTM yang tidak memiliki kemudahan set dekoder untuk bertukar pilihan bahasa seperti Astro.

S - Bagaimana perjalanan promosi siaran Piala Dunia RTM setakat ini?

Mohd. Rofee: Pelancaran awal yang bertemakan Rio To Malaysia sempena Kira Detik 100 Hari Piala Dunia 2014 di Brazil sudah dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Angkasapuri, 6 Mac lalu. Kehangatannya itu juga diteruskan sempena Ulang Tahun Ke-68 RTM selain penganjuran jeyarawara (road tour) yang menjadi platform terbaik RTM mendekati penonton setia melalui aneka aktiviti dengan masyarakat setempat. Aktivitinya seperti pertandingan mewarna, kuiz Rio2Malaysia, Teka Bola, Fault Ball, Timang Bola, Pening-pening Bola, Jaringan Emas, Rembat Sampai Gol dan konsert serta sukaneka.

Rio To Malaysia bermula 5 April dan dijangka berakhir 21 Jun bersempena perasmian Kompleks Bersepadu kementerian di Ipoh, Perak. Jeyarawara Piala Dunia kami singgah di Jasin (12 April), Felda Kerteh 2 (26 April), Kuala Kangsar (3 Mei), Felda Gedangsa Hulu Selangor (11 Mei), Kota Tinggi Johor (16 Mei), Kota Tinggi (17 Mei) dan Felda Wilayah Mempaga, Bentong (25 Mei).

Norliza: Perjalanan program akan turut melibatkan Unit Hiburan TV, Unit Sukan TV, Bahagian Program Radio, Bahagian Pemasaran dan Promosi serta Perhubungan Raya. Pengunjung juga boleh beramah dengan ikon RTM, deejay radio dan artis tempatan malah memenangi pelbagai hadiah dan cenderamata menarik RTM.

S - Apakah harapan RTM buat peminat Piala Dunia di Malaysia?

Norliza: Sebagai saluran TV kerajaan, kami menjanjikan siaran Piala Dunia yang terbaik buat peminat. Kami mahu memastikan penonton yang tiada kemudahan TV satelit dan berbayar, tidak sesekali diabaikan malah tetap setia untuk menyaksikan sebuah pertandingan bola sepak berprestij dan terulung dari Brazil ini memandangkan RTM tidak pernah menghampakan mereka sejak 1974 lagi. Jika ada lagi peminat setia yang masih ingat, pada Piala Dunia Sepanyol 1982, RTM tetap berikhtiar dan bekerjasama mendapatkan siaran langsungnya walaupun terhad beberapa perlawanan tertentu sahaja dengan sumbangan derma rakyat Malaysia sehingga munculnya slogan sebelum setiap perlawanan, 'Siaran Langsung Piala Dunia Ini Ditaja Oleh Rakyat Malaysia'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.