saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 07/05/2014

Neymar gusar

KEJOHANAN Piala Dunia belum bermula sehinggalah menjengah 13 Jun ini, namun bintang Selecao, Neymar mengakui dia mula merasai tekanan menunggu beraksi di negara sendiri.

Neymar berkata, dia tidak sabar untuk disenaraikan dalam skuad Brazil dalam saingan Piala Dunia 2014 ini, walaupun mula merasai tekanan dan perasaannya gementar.

Kejohanan ini masih jauh, kira-kira dua bulan lagi, namun perasaan tidak sabar ingin merasai keseronokan beraksi dalam kejohanan paling berprestij itu tidak boleh ditahan lagi.

"Menyarung jersi pasukan Brazil merupakan satu penghargaan di negara saya apatah lagi menyaksikan impian saya sejak kecil menjadi kenyataan. Namun, rasa gementar mula membelenggu.

"Kami akan berusaha mempamerkan yang terbaik untuk membantu Brazil memenangi gelaran pada musim ini. Dalam perkara ini saya sering beringat bahawa musuh anda juga memasang impian yang sama dan pastinya mereka akan menentang kami habis-habisan.

"Kami tidak memilih pasukan mana, namun saya tahu setiap perlawaan memang sengit. Mara ke perlawanan akhir merupakan impian kami. Ia merupakan impian indah,'' katanya,

Memang benar, kejohanan ini akan menjadi Piala Dunia pertama buat Neymar, malah bekas kapten pasukan, Dunga mendedahkan dia tidak dapat melayan kemahuan banyak peminat yang mahu Brazil membawa Neymar ke Afrika Selatan pada Piala Dunia 2010.

Walaupun tiada dalam senarai skuad Brazil ke Afrika Selatan, pemain berbakat itu tidak putus asa.

"Bukan giliran saya untuk beraksi di Afrika ketika itu. Saya sering berusaha gigih untuk mendapat peluang seperti ini. Malangnya, saya tidak bertuah untuk disenaraikan ke Afrika Selatan. Namun, selepas itu, saya bertuah kerana sering dipanggil untuk menyarung jersi Brazil.

"Saya beranggapan perbezaan Neymar pada 2010 dan 2014 ialah dia tampak kelihatan lebih matang dan telah menimba banyak pengalaman,'' ujarnya walaupun gaya permainannya tidak berubah.

Brazil diundi dalam satu kumpulan bersama Croatia, Cameroon dan Mexico. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.