saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 07/05/2014

'Pasukan saya telah bersedia'

SKUAD Brazil pada perlawanan akhir Piala Konfederasi. - AFP

LUIS FELIPE SCOLARI pernah membimbing Brazil dalam banyak kejohanan bola sepak peringkat tertinggi sebelum mengemudi Portugal ke perlawanan akhir Euro 2004. Namun, jurulatih itu menjangkakan pengalaman sengit menanti skuad yang telah lima kali dinobatkan selaku juara.

Jurulatih yang pernah membantu Brazil menjulang Piala Dunia itu bercakap tentang beban yang bakal ditanggung anak-anak buahnya.

"Berdasarkan perancangan yang telah dibuat untuk kejohanan ini, Brazil telah bersedia. Semuanya telah dicatur dari awal dan kami berada di atas landasan yang betul. Jika kami dapat memastikan apa yang disasarkan diikuti, saya yakin peluang akan berpihak kepada kami.''

Brazil tidak memandang rendah keupayaan lawan dalam saingan pusingan akhir Piala Dunia 2014, Jun ini walaupun menjadi bualan ramai antara pasukan pilihan yang berpeluang untuk menjulang trofi pada kejohanan kali ini.

Scolari berpendapat, terdapat satu atau dua pasukan dari Eropah atau Amerika Selatan turut memiliki peluang seperti juara lima kali itu tetapi bukannya pencabar dari benua Afrika atau Asia.

Menurut Scolari, kehebatan negara-negara kuasa bola sepak pada tradisinya adalah penghalang utama buat Asia mahupun Afrika untuk melakukan kejutan kerana mereka memiliki banyak pengalaman dan sejarah bola sepak yang terlalu lama.

"Pasukan-pasukan ini lebih berpengalaman dan memiliki pemain yang serba boleh dan faktor-faktor ini menjadi pendorong untuk mereka mencipta kejayaan,'' kata Scolari ketika ditemu ramah FIFA.com.

Mengulas saingan yang bakal diterimanya daripada Mexico, Cameroon dan Crotia yang turut diundi dalam kumpulan bersama Brazil, Scolari berkata, beliau melihat Croatia sebagai pasukan serba-boleh.

Menurut jurulatih yang pernah membimbing Brazil menjulang Piala Dunia 2002 itu, Croatia merupakan pasukan yang secara teknikalnya bagus dalam bola sepak khusus.

"Mexico seperti kami dan juga lawan tradisi kami. Mutu permainan bola sepak mereka tinggi,'' katanya.

Dalam pada itu, Scolari menganggap pasukan bimbingannya itu memiliki kelebihan untuk mencabar kejuaraan sekali pun dibarisi pemain-pemain muda dan tidak seperti tahun 2002, yang mana ketika itu beliau memiliki nama-nama besar seperti Cafu, Roberto Carlos, Rivaldo, Ronaldinho dan Ronaldo. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.