saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 12/04/2014

Berguru di QPR, London

Semua perserta diberi penghormatan menyambut kemasukan permain Queens Park Rangers menentang Blackpool di Stadium Loftus Road baru-baru ini.

SEBAGAI penaja pasukan bola sepak di Liga Kejuaraan England, Queens Park Rangers (QPR), AirAsia turut membantu membangunkan bakat muda dalam bola sepak negara ke tahap yang lebih tinggi.

Merealisasikan impian itu, AirAsia membawa empat pemain muda berbakat ke London, England untuk menjalani Klinik Bola Sepak AirAsia-QPR, di Loftus Road.

Program selama seminggu itu menjurus kepada latihan bola sepak, kekuatan serta skil, sesi kelas pembelajaran, menonton perlawanan secara langsung, melawat stadium dan akademi bola sepak QPR.

Mereka juga diberi pendedahan dalam aspek pemakanan dan kesihatan permain bola sepak.

Program itu diseliakan oleh Badan Amanah Komuniti QPR yang sebelum ini telah menganjurkan klinik bola sepak di empat lokasi masing-masing di Shah Alam, Putrajaya, Kuching di Malaysia dan Singapura.

Melalui klinik itu mereka memilih lapan pemain berbakat untuk menyertai klinik bola sepak di London,

Empat pemain terpilih itu ialah Gabrieal Katz Mering, 17 dan Mohd Safiee Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya, Kuching, Sarawak; Muhammad Aqil Faiq Mohd Faizal, 14, dari SMK Presint 9, Putrajaya dan Ainol Iskandar Mahsun, 17, dari SMK Seksyen 11 Shah Alam, Selangor.

Pengalaman yang ditimba ternyata berguna lebih-lebih lagi dalam membentuk skil latihan seimbang bukan sahaja dari segi teknikal bahkan juga kesihatan sebagai pemain bola sepak profesional. - AMIRUL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.