saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 27/03/2014

'Pemain ke-12' tunjang utama pasukan

SEBELUM memulakan tinta bola sepak minggu ini..saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam ucapan takziah pada keluarga yang terlibat dalam tragedi MH370. Harap bersabar dengan dugaan ini.

Seluruh negara bersama kalian walaupun ia sesuatu yang perit dan mencabar. Moga Allah memberi kekuatan buat kalian semua.

Baiklah..Tidak dapat dinafikan, penyokong adalah elemen pen­ting bagi sesebuah pasukan/kelab. Walau apa pun jenis sukan yang dimainkan, sokongan padu penyokong pasti ditagih baik oleh persatuan/pasukan mahu pun pemain sendiri.

Dalam konteks bola sepak pula, kehadiran penyokong ke stadium dianggap salah satu komponen utama dalam menjayakan sesebuah perlawanan. Penyokong dan bola sepak ibarat irama dan lagu, saling memerlukan dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Tanpa penyokong, hilanglah seri perlawanan. Bayangkanlah, anda berada di dalam sebuah stadium yang kosong tanpa kehadiran penyokong, hanya suara-suara pemain (itu pun sekali sekala), arahan jurulatih dan tiupan wisel pengadil yang kedengaran.

Pasti suasana menjadi hambar dan tawar. Hilang segala keghairahan rasa yang ada.

Jelas sekali, besarnya pe­ngaruh penyokong dalam mewarnai pentas bola sepak. Ya, kelompok penyokong ada pelbagai kategori. Ada yang dilabel penyokong tegar, penyokong bermusim, penyokong biasa, penyokong ‘lalang’ dan beberapa gelaran lain, namun semua itu adalah rencah yang merancakkan senario bola sepak negara. Tanpa penyokong dan peminat, lambat laun layu dan matilah sukan itu.

Kini senario bola sepak tempatan mula mengiktiraf penyokong sebagai ‘pemain ke-12’ pasukan mereka. Sorakan, sokongan padu penuh jiwa yang dijelmakan merupakan nadi penting dalam memacu kejayaan pasukan. Meskipun tidak menjamin sepenuhnya kemenangan, namun kelompok ini adalah tunjang sesebuah pasukan. Mereka ini telah menyemarakkan arena bola kita.

Namun dalam keghairahan menzahirkan sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing ada kalanya mereka terlupa dan alpa seketika. Beberapa siri kejadian yang ‘tidak enak’ telah berlaku membabitkan segelintir kelompok penyokong dan sedikit sebanyak telah mencalarkan ‘nilai sokongan’ mereka.

Walau pun apa yang telah terjadi ia akan tetap berlalu, namun kita boleh menjadikannya satu pengajaran dan iktibar untuk kita tampil dengan sokongan lebih positif demi kemajuan bola sepak negara. Anda semua (para penyokong) mampu mengubahnya. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Ini rumah kita..ini liga kita

Tanah tumpah darah kita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.