saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 20/03/2014

Teka teki terus menghantui siapa boss skuad negara

NAMPAKNYA kerusi panas di pejabat ketua jurulatih skuad Harimau Malaya masih belum diduduki. Ketika ini Datuk Ong Kim Swee memangku jawatan tersebut tatkala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum menemukan calon sesuai untuk diangkat selaku watak utama untuk memacu skuad senior negara di kedudukan yang terpuji.

* TIADA JODOH

Sebaik sahaja kontrak Datuk K. Rajagobal berakhir pada 31 Disember 2013, FAM dilihat giat menyusun langkah mencari pengganti dan bekas pengendali skuad Piala Dunia Jepun, Phillipe Troussier menjadi calon hangat untuk berkelana ke Kelana Jaya. Beberapa siri rundi­ngan diadakan namun akhirnya tiada jodoh antara mereka.

* SENTUHAN KIM SWEE

Ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 makin hampir, sentuhan pengendali Harimau Muda A, Kim Swee terpaksa ditagih bagi membimbing Harimau Malaya. Meskipun tempoh Kim Swee untuk menyiapkan pasukan nampak singkat namun akhirnya skuad negara berjaya mencipta kemenangan 2-1 ke atas Yemen walaupun beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-10 perlawanan. Sebelum itu, anak buah Kim Swee mencatatkan keputusan seri menentang Filipina dalam aksi persahabatan.

* RANKING NAIK

Ranking Malaysia melonjak sembilan anak tangga di kedudukan ke-141 selepas dua perlawanan di bawah kendalian Kim Swee. Senario ini satu perkembangan positif dan pasti menyemarakkan sema­ngat Kim Swee untuk terus mele­takkan Harimau Malaya di landasan yang baik. Namun perkhabaran terbaharu jelas dilihat FAM akan tetap memburu khidmat jurulatih luar negara. Beberapa nama besar dikatakan berminat untuk mengisi kerusi panas tersebut. Bagaimanapun, kredibiliti yang dimiliki Kim Swee tidak boleh diketepikan begitu sahaja, dia telah membuktikan keupayaannya menerapkan sesuatu yang positif dalam persembahan skuad negara.

* SEHINGGA JUN

Sementara pencarian diteruskan, FAM mengambil keputusan Kim Swee kekal memegang watak pemangku jurulatih sehingga Jun ini. Beberapa bekas pemain negara dan pemerhati bola sepak menyarankan agar Kim Swee terus diangkat selaku pengendali tetap skuad Harimau Malaya berdasarkan beberapa faktor tertentu. Selain Kim Swee, jurulatih PDRM FA, Dollah Salleh antara tenaga tempatan yang dilihat calon terbaik untuk tugasan bersama Harimau Malaya. Ada antara mereka dipetik berkata, kepakaran jurulatih import lebih sesuai untuk membantu pembangunan skuad muda negara dalam jangka masa panjang. Mengambil kira faktor semasa, adakah tenaga tempatan le­bih sesuai untuk terus membimbing skuad negara?

* KHIDMAT IMPORT DITAGIH

Selepas kali terakhir menggunakan khidmat pengendali asing pada tahun 2005, tidak sukar untuk kita memahami hasrat terkini FAM untuk menyuntik ‘formula import’ dengan harapan skuad kebangsaan lebih menyerlah dan mencipta kejayaan. Walau apapun keputusan yang bakal diambil oleh FAM, kita tetap mengharapkan Harimau Malaya menyerlah di pentas antarabangsa di mana pertandingan Piala AFF bakal menjelma pada November nanti.

Sama-sama kita nantikan...

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.