saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 10/03/2014

Sentuhan Ong Kim Swee jadi tumpuan peminat bola sepak

ANAK kelahiran Melaka, Datuk Ong Kim Swee telahpun diberi mandat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Filipina pada 1 Mac lalu yang menyaksikan pasukan kebangsaan seri tanpa jaringan.

Beliau juga membawa skuad kebangsaan menumpaskan Yemen 2-1 di Abu Dhabi dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia walaupun bermain dengan 10 orang sejak minit ke-10 apabila Amirizdwan Taj Tajudin dilayangkan kad merah.

Biarpun sekadar memegang watak selaku pengendali sementara, Kim Swee yang juga jurulatih pasukan Harimau Muda A sedar tanggungjawab ‘besar’ yang bakal digalas tatkala semua memerhati penuh minat sentuhannya pada penampilan pertama bersama pasukan senior negara.

Perlawanan persahabatan menentang Filipina adalah ujian sulung buat Kim Swee selepas mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pengendali terdahulu, Datuk K.Rajagobal.

Seramai 25 pemain telah mendapat ‘panggilan pertama’ oleh bekas pemain yang pernah menabur bakti di Melaka, Sarawak dan Sabah ini.

Jika diteliti tidak banyak perubahan dilakukan dalam senarai tersebut.

Mengekalkan hampir majoriti pemain lama yang sering kali mendapat tempat di hati Rajagobal, bekas pelatih skuad projek Barcelona ’92 ini dilihat tidak mahu mengambil risiko dan masih mengekalkan struktur sedia ada.

Namun, ada beberapa muka baharu dipanggil kali ini. Antaranya ialah pakar sepakan percuma Pahang, Mohd Hafiz Kamal, pe­nyerang PDRM, Bobby Gonzales dan penjaga gol skuad Tok Gajah, Khairul Azhan Khalid.

Begitupun seawal hari pertama sesi latihan skuad kebangsaan, Kim Swee telah ‘dihidangkan’ dengan berita ketidakhadiran dua tonggak sebelum ini, Mohd. Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha, kedua-duanya dari Johor Darul Ta’zim (JDT). Meskipun mempunyai alasan tersendiri, namun senario ini jelas mengundang rasa tidak se­nang pengendali berusia 44 tahun ini terutama sekali terhadap pe­nyerang kelahiran Terengganu, Norshahrul Idlan.

Kemasukan beberapa muka baharu di kem latihan Malaysia se­perti Hafiz dan Bobby memberi dimensi baru buat pasukan Harimau Malaya ketika menghadapi dua perlawanan penting ini. Hafiz berada dalam prestasi terbaik dan mengulangi peranan besar yang ditunjukkan bersama skuad negeri.

Kemampuannya mengemudi jentera tengah dan menghasilkan jaringan buat Pahang turut ditagih oleh Kim Swee. Begitu juga kelibat bekas pemain Sarawak musim lalu, Bobby yang dilihat cukup tajam dan bertenaga.

Kembalinya ketua pasukan The Red Warriors­, Mohd. Badhri Radzi ke pangkuan Harimau Malaya turut menarik perhatian pemerhati bola sepak negara setelah ‘terpinggir’ semasa era Rajagobal. Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya cukup bersemangat bersama pengendali baharu.

Biarpun pertembungan dengan Filipina sekadar aksi persahabatan dan kita gagal melayakkan diri ke Piala Asia sekalipun menang 2-1 ke atas Yemen, namun kedua-dua perlawanan adalah medan terbaik buat Kim Swee merencana strategi ampuh bagi saingan sebenar di masa akan datang.

Teruskan Berjuang Harimau Malaya, Tanah Tumpahnya Darahku.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.