saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 25/02/2014

Untung nasib jurulatih dalam Liga Malaysia

DARI musim lalu, cuma dua jurulatih lain yang kekal bersama pasukan lama masing-masing - B. Sathianathan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria, sebagai mencerminkan ligatnya putaran pertukaran jurulatih dalam persaingan bola sepak tempatan.

Turut dipaksa mengangkat kaki ialah jurulatih Terengganu musim lalu, E. Elavarasan, yang tidak

dilanjutkan kontraknya. Tempatnya sudah diisi oleh bekas jurulatih PKNS, Abdul Rahman Ibrahim.

Seorang lagi jurulatih yang terpaksa berundur ialah pengendali T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Nor. Mengambil alih daripadanya ialah Azraai Khor Abdullah sambil dibantu oleh Azlan Johar.

Pada musim 2013, Peter Butler adalah jurulatih pertama yang dipecat daripada jawatannya berikutan merudumnya prestasi T-Team. Ini disusuli oleh pemecatan Divaldo Alves yang dilakukan agak lewat pada Jun tahun lalu ketika Negeri Sembilan gagal memenangi walau satu perlawanan pun. Ridzuan Abu Shah yang menggantikannya tidak beroleh cukup masa untuk mengelakkan pasukan daripada turun ke Liga Perdana.

Ketika persaingan dalam Liga Super hanya berbaki tiga perlawanan, Felda United memilih untuk merehatkan ketua jurulatihnya, K. Devan, bagi memberi laluan kepada Azuan Zain dinaikkan pangkat.

Kemudian, ketika persaingan peringkat kumpulan Piala Malaysia sedang rancak berjalan, Irfan Bakti pula membuat kejutan dengan pengumuman meletakkan jawatan jurulatih Selangor - juara silam 32 kali yang gagal ke suku akhir.

Sebab-sebab sebenar pengundurannya hingga hari ini tersimpan sebagai rahsia peribadi Irfan biarpun jurulatih itu cuba menutupnya dengan alasan beliau telah gagal bersama skuad Merah Kuning.

Namun, tidak demikian pada pandangan Felda United yang pantas menyambar Irfan bagi musim 2014.

Musim 2014 ini juga bakal meletakkan beberapa jurulatih di bawah mikroskop setelah mempunyai hubung kait dengan Liga Malaysia pada masa lalu.

Mehmet Durakovic yang diingati sebagai pertahanan kental Selangor dari musim 1995-1998, kini kembali sebagai jurulatih Merah Kuning yang masih mengejar Misi 33.

Kepada bekas jurulatih Sabah dan Johor FC, Ronald Smith, Pahang menyandarkan harapan untuk mempertahankan Piala Malaysia.

Bekas jurulatih Perak dan Johor, Steve Darby pula mengambil alih tugas Hodak sebagai jurulatih Kelantan - pasukan yang perlu dibina semula selepas perpindahan ramai pemain yang ditawarkan gaji lebih lumayan.

Jimenez mungkin berprofil besar sebagai bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia dalam La Liga Sepanyol tetapi Liga Super Malaysia menghadirkan bahang yang tidak kurang hangatnya buat beliau setakat ini apabila rekod 100 peratus kemenangan terus ditagih daripadanya.

Sebagai melengkapkan senarai, saingan musim ini menyaksikan Abu Bakar Fadzim sebagai jurulatih Perak dan Wan Jamak Wan Hassan bersama PKNS.

Perbandingan akan sentiasa dibuat di antara jurulatih musim ini dan jurulatih musim terdahulu, sebagaimana dialami Darby yang berdepan rasa tidak puas hati penyokong Kelantan yang merindukan kecemerlangan ketika di bawah kendalian Hodak.

Fandi turut terasa bahang yang sama apabila rekod tanpa kalah Lions XII di Stadium Jalan Besar, lebur di bawah pemerhatiannya.

Namun, tiada siapa yang harus mencemburui Jimenez. Dengan pasukan yang sarat dengan import dan pemain tempatan terbaik, JDT disandarkan harapan untuk memenangi semua piala. Tekanan buatnya juga harus berganda-ganda.

Datuk Hishamuddin Aun ialah Perunding Astro Arena

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.