saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/10/2014

Tokoh pentadbir terbilang

APABILA disebut nama Tun Abdullah Ayub, pasti terdapat dalam kalangan kita khususnya generasi muda kurang mengenali siapakah tokoh ini walaupun beliau banyak berjasa kepada negara.

Beliau adalah tokoh pentadbir yang memainkan peranan penting merealisasikan dasar-dasar kerajaan semasa berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn.

Abdullah terlibat dalam pentadbiran pada zaman penubuhan Malaysia, zaman konfrontasi, peristiwa 13 Mei 1969 dan pembentukan Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta zaman mengisi agenda pembangunan negara.

Beliau antara tokoh pentadbir yang terlibat dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat dan menyusun semula masyarakat ke arah integrasi nasional.

Tokoh yang sekarang berusia 88 tahun, turut memberi cadangan bernas supaya kerajaan meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar badan itu menjadi lebih berdaya maju dengan membuat pelaburan dan memiliki aset.

Beliau yang dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut, Anglo Chinese School, Sitiawan dan Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping.

Semasa zaman Jepun, beliau menjadi guru bahasa Jepun di Bruas, Perak. Selepas Jepun menyerah kalah, Abdullah melanjutkan pengajian dalam bidang sejarah di Kolej Raffles (kemudiannya menjadi Universiti Malaya) di Singapura.

Dari 1954 hingga 1971 beliau menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Malaya (sekarang PTD) di pelbagai kementerian, tetapi yang lama di Kementerian Kewangan.

Dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari 1972-1974. Mulai 1974, Abdullah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengerusi KWSP hingga 1978.

Pada 1 Januari 1979, Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Letrik Negara (sekarang TNB) dan menamatkan perkhidmatan tersebut pada 3 Januari 1981.

Kita cukup bertuah kerana segala perjuangan, sumbangan dan idea beliau telah dibukukan dalam biografi khusus yang ditulis secara bersama oleh Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob dan isteri Abdullah sendiri, Toh Puan Anna Abdul Ranee.

Antara pendedahan menarik dalam buku berkenaan adalah berkaitan penglibatannya dalam parti berhaluan kiri bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah Inggeris.

Beliau bergiat aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersama-sama Ahmad Boestamam dan Ishak Muhammad (Pak Sako) sehinggalah parti terbabit diharamkan Inggeris.

Turut didedahkan adalah sikapnya yang mementingkan integriti dan tidak pernah mengambil kesempatan untuk meraih kekayaan terutama ketika berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Tokoh ini merupakan seorang nasionalis tulen, berbakti tanpa mengharapkan sebarang balasan, pujian dan penghargaan, bahkan tidak terlintas di fikirannya untuk diingati dan disanjungi.

Satu lagi sikap terpuji beliau ialah perasaan kasih kepada kaum Melayu yang rata-rata miskin sehingga menyebabkannya meluluskan peruntukan istimewa kepada Kelantan yang diperintah Pas.

Apabila ditanya oleh Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, beliau menegaskan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak membantu, orang Melayu Kelantan akan terus ketinggalan daripada arus pembangunan.

Banyak lagi kisah menarik dalam buku berkenaan yang sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat mengenai seorang pentadbir terbilang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.